Akhirnya Amirudin setuju untuk tangguhkan nyahwarta hutan simpanan
Akhirnya Amirudin setuju untuk tangguhkan nyahwarta hutan simpanan
MB Selangor setuju tangguh nyahwarta Hutan Simpan Kuala Langat Utara
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menangguhkan keputusan kontroversi untuk menyahwartakan 536.7ha Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) bagi pembangunan bercampur, kata PKR.
Dalam kenyataan, Pengarah Komunikasinya Fahmi Fadzil berkata, Amirudin akan menangguhkan nyahwarta itu sehingga selesai membuat semakan dan penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan.
Katanya, Biro Politik menekankan bahawa sebarang keputusan yang dibuat berhubung hutan simpan itu mesti mempertahankan beberapa prinsip asas termasuk kepentingan penjagaan alam sekitar; urus tadbir proses perolehan serta penilaian yang telus, terbuka dan baik; serta kesan penyahwartaan HSKLU terhadap masyarakat amnya yang perlu diminimumkan.
Ini termasuk perkara yang dibangkitkan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dan badan bukan kerajaan, katanya.
“Biro Politik berpuas hati setelah mendapat jaminan YAB Menteri Besar bahawa beliau akan menangguhkan proses berhubung penyahwartaan HSKLU sehingga kerajaan negeri selesai mempertimbang dan menjelaskan kesemua isu yang telah dibangkitkan.”
Pada sidang Dewan Undangan Negeri Isnin lalu, Exco Alam Sekitar, Hee Loy Sian berkata kerajaan negeri bersetuju menyahwartakan 536.7ha Hutan Simpan Kuala Langat Utara (KLNFR) untuk dibangunkan.
Perkara itu mencetuskan kritikan termasuk daripada kumpulan penyokong Anwar Ibrahim, Otai Reformis dan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Alam Sekitar (COEN).
Setiausaha Otai Reformis Abdul Razak Ismail malah melahirkan rasa terkejut dan kecewa dengan keputusan kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Harapan (PH) itu.
Hee berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Exco pada 5 Mei lalu berdasarkan Seksyen 12 Akta Perhutanan Negara 1984.
Katanya, jumlah keluasan yang dipersetujui adalah 54% daripada 931.16ha yang dicadangkan lebih awal, selepas mengambil kira beberapa bantahan yang berbangkit. FMT
Akhirnya Amirudin setuju untuk tangguhkan nyahwarta hutan simpanan
Baca Artikel Menarik :
- Pemuda jadi ‘hero’ selamatkan wanita dikasari teman lelaki
- TMJ tells Syed Saddiq to jump off KLCC without a parachute
- Ziyad Juara Sebenar, Jangan Berputus Asa, Pingat Emas Dirampas – Azizulhasni
- Azalina Mahu Hantar Notis RUU Pemecatan Ahli Parlimen 2021
- Mayat dipercayai anggota tentera ditemui penduduk kampung
- Suami mengamuk isteri muda diganggu kekasih lama
- Aaron Aziz jatuh hati tengok jam tangan ‘camo’ PM
- Resepi Ayam Goreng Berlada Sedap
- Hadiri kenduri, sekampung dijangkiti COVID-19 di Sabah
- Sime Darby Pasang PORSCHE – Jadi Kilang Pertama Di Luar Eropah
- Serangga disangka daun, kelibat Phyllium Giganteum undang 1 juta tontonan (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU
Shahrol Shiro Balas Padu Teguran Hans Isaac, Harap Tak ‘Koyak’ Isu Kabinet ‘Recycle’
You must be logged in to post a comment.