Pulihkan semula keyakinan rakyat untuk berbelanja – Najib
Pulihkan semula keyakinan rakyat untuk berbelanja – Najib
KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta untuk memulihkan semula keyakinan rakyat untuk keluar rumah dan berbelanja semua.
Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, rakyat tidak rasa selamat untuk berjalan-jalan dan makan di luar rumah selagi angka kes Covid-19 masih tinggi biarpun kelonggaran untuk makan di dalam restoran telah lama diberikan.
“Pulihkan kemampuan Rakyat untuk berbelanja dengan menaikkan semula kitaran wang tunai bagi ekonomi tempatan – iaitu putting money into people’s hands,” katanya.
Terdahulu dalam hantarannya di Facebook, Najib mengulas penutupan food court di tingkat 4 KLCC mulai hari ini.
Katanya, jika food court yang popular sejak 22 tahun pun terpaksa berhenti operasi, apakah pula nasib warung dan restoran biasa.
Lantaran itu, beliau berharap dan percaya langkah-langkah baharu kerajaan akan diumum tidak lama lagi bagi menepati kedua-dua keperluan ini. MG
Pulihkan semula keyakinan rakyat untuk berbelanja – Najib
Baca Artikel Menarik :
- Pemuda jadi ‘hero’ selamatkan wanita dikasari teman lelaki
- TMJ tells Syed Saddiq to jump off KLCC without a parachute
- Ziyad Juara Sebenar, Jangan Berputus Asa, Pingat Emas Dirampas – Azizulhasni
- Azalina Mahu Hantar Notis RUU Pemecatan Ahli Parlimen 2021
- Mayat dipercayai anggota tentera ditemui penduduk kampung
- Suami mengamuk isteri muda diganggu kekasih lama
- Aaron Aziz jatuh hati tengok jam tangan ‘camo’ PM
- Resepi Ayam Goreng Berlada Sedap
- Hadiri kenduri, sekampung dijangkiti COVID-19 di Sabah
- Sime Darby Pasang PORSCHE – Jadi Kilang Pertama Di Luar Eropah
- Serangga disangka daun, kelibat Phyllium Giganteum undang 1 juta tontonan (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU
‘Tentera Bawang Negara’ telah bertindak selepas Emas Ziyad dibatalkan