Intipati mesyuarat kabinet pertama Ismail Sabri

Sebaran :

Intipati mesyuarat kabinet pertama Ismail Sabri

Pengukuhan tindakan kesihatan demi melonjakkan aktiviti ekonomi Malaysia adalah antara penekanan mesyuarat Kabinet pertama, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata usaha itu bakal diterajui segenap kementerian dan perlu dirintis menerusi gerak kerja secara proaktif, demi memberi manfaat utama kepada rakyat.

Beliau turut mengingatkan barisan Jemaah Menteri mengenai tanggungjawab yang harus digalas dan membuktikan pencapaian masing-masing dalam tempoh 100 hari.

Berikut adalah kenyataan Ismail Sabri yang dibuat di laman sosialnya :

Pagi ini saya telah mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama menerusi sidang video dari rumah setelah dinasihatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalani kuarantin kendiri (Self-quarantine).

Antara penekanan utama, membincangkan status terkini jangkitan COVID-19 di negara kita untuk semua kementerian bergerak proaktif bagi pengukuhan tindakan tahap kesihatan demi melonjakkan semula aktiviti ekonomi yang memberi manfaat utama kepada rakyat.

Saya turut mengingatkan para Menteri kabinet, setiap kementerian perlu buktikan pencapaian dalam tempoh 100 hari. Maka tindakan pantas dan bersepadu merupakan aspek utama bagi membebaskan Malaysia daripada ancaman wabak penyakit, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik yang telah dilalui oleh rakyat sebelum ini.

Segala bantuan yang telah diumumkan mesti disegerakan dan saya akan memastikan kabinet ini berasaskan keberhasilan yang mengutamakan kestabilan dan keselamatan Keluarga Malaysia.

Intipati mesyuarat kabinet pertama Ismail Sabri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Tentera Bawang Negara’ telah bertindak selepas Emas Ziyad dibatalkan


Sebaran :

Leave a Reply