‘Covid-19 si penjajah moden’

‘Covid-19 si penjajah moden’. Sambutan Hari Kebangsaan ke-64 adalah kali kedua diraikan dalam suasana sederhana akibat pandemik Covid-19.

Sempena ulang tahun pembebasan Malaysia daripada cengkaman penjajah, tinjauan Sinar Harian mendapati rata-rata rakyat mahu merdeka dan bebas daripada pandemik yang memberi kesan buruk kepada aspek kesihatan dan ekonomi.

Pekerja swasta, Subashini Jeyaraman, 25, berharap negara dapat menangani Covid-19 yang telah meragut banyak nyawa dan menyebabkan masyarakat hidup dalam ketakutan.

“Saya ingin menjalani kehidupan tanpa ada rasa takut dengan kematian pada minggu berikutnya kerana virus Covid-19 ini adalah pembunuh.

“Selain itu, kerajaan perlu menangani beberapa masalah utama melibatkan sosioekonomi, pendidikan, alam sekitar dan lain-lain agar negara kita terus maju,” katanya.

Bagi pegawai bank, Muhammad Nafiz Tajudin, 27, langkah dilakukan kerajaan dalam menangani Covid-19 ketika ini semakin berkesan dan berharap dapat menyumbang kepada pembangunan semula ekonomi dan sosial.

“Itu adalah kemerdekaan yang sebenar. Politik serta ekonomi yang stabil membawa kepada pertambahan peluang pekerjaan dan merapatkan jurang pendapatan antara B40 dan M40,” ujarnya.

Kurangkan sengketa

Pembantu jualan, Jamirul Hafiq Izaidi Jalaludin, 27, berkata, kerajaan baharu di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob harus meningkatkan usaha membantu rakyat dengan mengurangkan pertelingkahan politik, sebaliknya fokus kepada pembangunan sektor ekonomi.

“Saya harap dengan kepimpinan Ismail Sabri, Malaysia akan terus maju dalam sektor ekonomi meskipun berdepan cabaran pandemik Covid-19. Kerajaan mesti membantu rakyat yang mengalami kesulitan.

“Dari segi politik, saya harap ahli politik hentikan sandiwara yang merugikan dan menyusahkan rakyat,” jelasnya.

Dalam pada itu, pekerja swasta, Clarissa Chung, 27, berkata, masyarakat perlu mengetepikan sentimen kaum dan bekerjasama menangani krisis kesihatan serta kewangan akibat pandemik.

“Saya harap masyarakat Malaysia boleh terus menunjukkan sikap belas kasihan kepada orang lain, tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.

“Ini adalah masa untuk kita bersatu padu membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang pemurah,” ujarnya.

MERDEKA NORMA BAHARU... Penerima vaksin (dari kanan) Beh Cheah Ling, 32, Wan Fatin Nabilah Wan Hussein, 26, dan Sathya Kala, 38, kelihatan gembira di PPV Pulau Pinang.
MERDEKA NORMA BAHARU… Penerima vaksin (dari kanan) Beh Cheah Ling, 32, Wan Fatin Nabilah Wan Hussein, 26, dan Sathya Kala, 38, kelihatan gembira di PPV Pulau Pinang.

Pengusaha perniagaan Ohsembakes, Mohamad Zarif Mohd Zamri, 27, pula berkata, Covid-19 telah menyebabkan masyarakat lupa tentang semangat dan tradisi merdeka yang disambut setiap tahun.

Dia berkata, semangat merdeka perlu diterapkan dalam diri setiap rakyat Malaysia supaya mereka tidak leka dengan keselesaan sehingga memudahkan musuh mengambil alih negara.

“Walaupun program kemerdekaan mungkin tidak dapat dianjurkan sekarang kerana negara masih lagi bertarung dengan masalah Covid-19, namun stesen-stesen televisyen boleh memainkan peranan dengan menyiarkan filem atau ceramah tentang kemerdekaan negara.“Semoga negara kita kembali pulih seperti sedia kala dan ekonomi kembali rancak,” ujarnya.

Perunding takaful, Abdul Hadi Abdul Aziz, 29, berharap keamanan negara dapat dikekalkan di samping menghentikan segala provokasi dan perbalahan sesama sendiri.

“Saya berharap sempena menyambut merdeka pada tahun ini, negara kita akan terus kekal aman dan harmoni.

“Oleh itu, masyarakat wajar sama-sama berganding bahu dan bantu-membantu tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.

“Hentikan persengketaan dan pergelutan yang membawa kemudaratan kepada negara,” jelasnya.

Pekerja swasta, Rosni Osman, 56, pula mahu negara kembali menikmati kemerdekaan yang sebenar iaitu bebas daripada pandemik Covid-19.

“Rakyat ingin bebas dan kembali hidup normal seperti sebelum kita dilanda pandemik ini.

“Saya rindukan negara Malaysia yang lalu di mana kita hidup dengan penuh harmoni, kestabilan politik, ekonomi yang kukuh dan kita dikenali serta dicontohi oleh negara luar,” ujarnya.

‘Covid-19 si penjajah moden’


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Keputusan Batal Pingat Emas Ziyad Kekal, Saya Mintak Maaf Pada Rakyat Malaysia- Ziyad

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker