Replika Kereta Kebal Dari Bahan Terbuang
Guna bahan terbuang buat replika kereta kebal
KUANTAN: Replika kereta kebal yang dihasilkan menggunakan barang terbuang menjadi simbolik buat Mohd Shah Riduwan Abdul Rahman, 36 bagi meraikan sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.
Kakitangan Felda Bukit Sagu 1 di sini itu berkata, replika kenderaan perang yang dihasilkan awal Ogos lalu itu menjadi satu kelainan dalam usahanya menterjemahkan semangat patriotisme.
Menurutnya, menghias rumah dengan Jalur Gemilang sudah terlalu biasa dan dia cuba mencari idea yang agak berbeza bagi menterjemahkan semangat merdekanya.
Mohd Shah Riduwan bersama replika kereta kebal yang dihasilkan menggunakan barang terbuang bagi menghiasi halaman kuarter kakitangan Felda Bukit Sagu 1 di sini yang dihuninya bersama keluarga.
“Bagi memberikan imej yang lebih jelas, saya cat menggunakan warna seakan kereta kebal sebenar dihiasi corak celoreng digital,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Bukit Sagu 1 di sini pada Isnin.
Mohd Shah Riduwan berkata, dia mengambil masa kira-kira dua minggu untuk menyiapkan replika tersebut dengan dibantu isterinya, Siti Lailatun Mariam Mokhtar, 34.
“Alhamdulillah ia berjaya disiapkan dengan kos hanya kira-kira RM300. Saya risau juga sekiranya hasil kreatif ini menjadi bahan ketawa masyarakat di sini namun perkara sebaliknya yang berlaku.
“Rata-rata penduduk di sini memberi maklum balas positif malah ramai yang singgah untuk bergambar bersama kereta kebal ini,” katanya.
Hasil idea dan kreativiti Mohd Shah Riduwan turut menarik perhatian penduduk Felda Bukit Sagu 1 di sini.
Tambahnya, ada juga yang memuat naik gambar mereka bersama replika yang dihasilkannya itu ke laman sosial dan mendapat komen-komen positif daripada netizen.
“Saya sendiri sebenarnya bangga dengan hasil seni ini dan merancang untuk terus membina replika kereta kebal dengan saiz yang lebih besar pada masa akan datang,” katanya.-SH
Guna bahan terbuang buat replika kereta kebal
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Suspek sorok mayat mangsa rogol, liwat direman seminggu
- Serangan Bom: Dua rakyat Malaysia Didakwa Di Teluk Guantanamo
- Perkenalkan Pilihan Raya Pecat Wakil Rakyat Lompat Parti – Azalina
- Semoga kepimpinan tepat dapat pulihkan Malaysia – Najib
- Dulu Menteri Sekarang Jadi Penghantar Makanan [VIDEO]
- Pengawal keselamatan tular sebab dibelasah meninggal dunia
- Resepi Mee Ladna Banjir Sedap Betul
- Dafi tak mahu rakyat stress, rela dimarahi
- Bekas PA dedah kisah cinta terhalang dengan Vida
- “Ikut Tingkap Ke? Malunya” – Ayda Jebat Dikecam Pilih Bersalin Secara Pembedahan#
- Mereka hendak bunuh karier politik saya
Layari Laman Facebook MYKMU
Bahasa makin tercalar daripada masyarakat awam hingga kelas atasan
You must be logged in to post a comment.