Chong Wei ‘tapau’ Ka Long selepas makan nasi lemak

Chong Wei ‘tapau’ Ka Long selepas makan nasi lemak

KUALA LUMPUR: Sempena menyambut kemerdekaan hari ini, legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berkongsi kisah makanan Malaysia membantunya menewaskan jaguh badminton dunia, ketika bertanding di Calgary enam tahun lalu.

Menerusi muat naik di Instagram miliknya, Chong Wei berkata dia merantau untuk bermain badminton demi bendera di dada.

“Ini berlaku enam tahun lepas. Chong Wei masa itu berada di tangga ke-99. Demi mengutip mata untuk menyertai Sukan Olimpik Rio, Chong Wei terpaksa pergi jauh ke Amerika Syarikat dan Kanada. Terbang 30 jam sehala, beb!,” katanya.

Sebelum bertolak kata Chong Wei, dia mesti membawa bekal Maggi, Milo dan biskut PingPong Hup Seng yang dianggap satu kemestian.

Katanya selepas menang di New York, dia ke Calgary, Kanada bagi kejohanan seterusnya dan mula merindui masakan Malaysia.

“Selepas muak menjamu makanan Barat seminggu di AS dan Kanada, kawan baba saya bawa makan di restoran Malaysia di Calgary. Adalah sikit rasa bau Malaysia tapi memang kuranglah rasanya.

“Entahlah, mungkin itulah sebabnya kurang bermaya persembahan Chong Wei, terpaksa terheret ke rubber games berlawan Sai Praneeth dan Takuma Ueda di suku akhir dan separuh akhir. Terlebih Maggi dan biskut PingPong kot. Mungkin lain cerita kalau ada biskut cap badminton,” katanya berjenaka.

Sebelum saingan final Chong Wei berkata dia buntu tidak tahu apa yang mahu dimakan apatah lagi terpaksa menentang Ng Ka Long di final keesokkannya sebelum dihubungi rakan lamanya dan mereka keluar untuk makan malam.

“Naufal sediakan nasi lemak rendang ayam. Bini dia masak kari kambing. Kawan kita sorang lagi Terry Maldini, Melanau Sarawak juga di Calgary. Terry bawak char kuetiau style Prai yang basah, dan 100 Plus! Terkejut aku. Di Lucky Market boleh beli, kata dia.

“Oh my god. Best giler! Meletup perut meneriak kesedapan. The rest was history. Ng Ka Long langsung bukan lawan di final,” katanya.

Dalam hantaran yang sama, Chong Wei mengingatkan rakyat Malaysia tiada negara lain yang ada makanan seenak di Malaysia selain pelbagai bangsa yang hidup sangat mesra antara satu sama lain.

“Tak ada negara lain yang lebih mewah dari segi tradisi dan adat. Tak ada negara lain yang bole menang Thomas Cup dengan berbilang kaum. Jangan tak sayang Malaysia. Jangan tahu kritik sahaja,” katanya.

“Cubalah sedaya anda melalui kemampuan anda, memperbaiki apa yang rosak, dan memajukan apa yang sedia ada di negara. Masih ada harapan untuk negara yang kita semua cintai ini.

“Ini Malaysia kita, tanah air kita. Jangan lupa. Kita semua pernah seketika dulu. Berikrar di perhimpunan sekolah. Akan menumpukan segala tenaga dan usaha..”Demi…Negara kita… Malaysia kita…” kata Chong Wei. BH

Chong Wei ‘tapau’ Ka Long selepas makan nasi lemak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib tawar bantuan guaman kepada gadis hilang tangan akibat disamun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker