Agong Seru Rakyat Imbau Kembali Semangat Patriotisme, Cinta Tanah Air – Istana Negara

Agong Seru Rakyat Imbau Kembali Semangat Patriotisme, Cinta Tanah Air – Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menyeru rakyat Malaysia untuk mengimbau kembali semangat patriotisme dan dan cintakan tanah air yang telah tertanam sejak enam dekad lalu.

Dalam kenyataan media Istana Negara hari ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah bertitah bahawa, semangat itulah yang telah menyatu-padukan rakyat sekaliannya dengan tekad dan iltizam, untuk bangkit menentang penjajah, sehingga kemerdekaan yang diidamkan menjadi sebuah realiti.

Ahmad Fadil berkata, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa sekiranya semangat dan roh perjuangan enam dekad yang lalu diterap dan disuburkan kembali pada hari ini, nescaya negara juga berupaya untuk merdeka dari ancaman pandemik COVID-19 buat selama-lamanya.

“Sesungguhnya, kesepaduan sosial, integrasi nasional dan perpaduan antara kaum adalah merupakan kunci untuk negara menghadapi apa jua cabaran yang mendatang termasuklah menghadapi badai gelora pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara.

“Sehubungan dengan itu, Seri Paduka Baginda menasihati seluruh rakyat agar terus menjaga kesihatan diri dan turut bersatu padu dalam mewujudkan suasana persekitaran yang selamat demi untuk membendung penularan pandemik ini,” katanya lagi.

Biarpun sambutan Hari Kebangsaan kali ini adalah merupakan tahun kedua rakyat meraikannya dalam suasana ancaman pandemik COVID-19, Agong menzahirkan pandangan ianya tidak menghalang dan mematahkan semangat patriotism, dan kesatuan semua pihak, untuk terus meraikan hari yang penuh bersejarah ini.

Beliau berkata, Seri Paduka Baginda berpandangan bahawa sikap segelintir yang tidak bertanggungjawab dengan melanggar prosedur operasi standard dan peraturan yang telah ditetapkan akan hanya membawa musibah kepada masyarakat dan turut berupaya menggugat pelan pemulihan negara yang telah dirangka.

Oleh hal yang demikian, Ahmad Fadil berkata, Seri Paduka Baginda menasihati rakyat menyedari bahawa usaha mengekang pandemik ini memerlukan kesepaduan dan kesatuan seluruh rakyat, pemimpin serta kerajaan.

Beliau berkata, Al-Sultan Abdullah berpandangan semua pihak perlu menolak perbezaan pendapat dan mengenepikan pertikaian politik agar wujud simbiosis erat antara semuanya dalam berjuang, untuk membawa negara merdeka dari pandemik yang melanda.

“Bersesuaian dengan tema sambutan Hari Kebangsaan iaitu “Malaysia Prihatin”, Seri Paduka Baginda menyeru Kerajaan untuk terus merangka dan menyusun pelan tindakan untuk membantu rakyat yang terkesan dan mengembalikan semula iklim ekonomi yang sihat.

“Rakyat wajar untuk terus dilindungi agar dapat berdiri tangkas menghadapi impak negatif kemelut ini,” kata Ahmad Fadil memetik Titah Tuanku lagi.

Selain itu, beliau berkata, Seri Paduka Baginda turut menyeru Program Imunisasi COVID-19 kebangsaan juga hendaklah terus diperkasa bagi membolehkan negara mencapai imuniti kelompok yang diharapkan.

Titah Tuanku lagi, rakyat juga sewajarnya turut berpegang teguh kepada prinsip “Malaysia Prihatin” dengan segera mendapatkan vaksin bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti.

“Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan pada hari ini, Seri Paduka Baginda merakamkan ucapan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan negara, petugas kesihatan, pasukan keselamatan, penjawat awam, para sukarelawan dan orang perseorangan yang telah menabur khidmat bakti kepada masyarakat dan negara.

“Seri Paduka Baginda turut mengajak rakyat untuk mengingati dan menghargai para pejuang dan patriot kemerdekaan negara, serta anggota pasukan keselamatan yang telah berkorban sehingga berjaya menyelamatkan negara daripada belenggu penjajah dan seteru negara,” kata Ahmad Fadil lagi.

Beliau berkata, kedua-dua Yang di-Pertuan Agong, dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendoakan agar negara tercinta ini terus berada dalam rahmat dan perlindungan Allah Subhanahu Wata’ala daripada segala musibah dan pandemik COVID-19.

“Semoga Allah Subhanahu Wata’ala akan terus memelihara dan melimpahi Malaysia yang tercinta ini dengan keberkatan rezeki, kemakmuran, kesejahteraan serta keamanan dan perpaduan yang berkekalan,” katanya lagi.

Agong Seru Rakyat Imbau Kembali Semangat Patriotisme, Cinta Tanah Air – Istana Negara


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Exco Pas tidak akan letak jawatan

Bahasa makin tercalar daripada masyarakat awam hingga kelas atasan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker