Selesaikan perselisihan ikut resipi kekeluargaan

Selesaikan perselisihan ikut resipi kekeluargaan. KLIP video Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyebut ada pihak mahu membunuh karier politiknya pada Jumaat seakan-akan memberi gambaran bahawa wujud pergolakan dalam parti berkenaan.

Kenyataan ringkas Mohamad itu ketika beliau menjawab pertanyaan seorang jemaah ketika mahu menunaikan solat Jumaat yang bertanyakan namanya naik di masjid tetapi tidak dalam senarai kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sebelah pagi hari yang sama.

“Tok Mat, nama tak naik? Nama sini naiklah (masjid),” kata seorang jemaah.



“Itu namanya politik. Mereka hendak bunuh saya (karier politik),” balas Mohamad bersahaja sebelum masuk ke masjid.

Mungkin Mohamad tidak menyedari bahawa perbualan tersebut dirakam tetapi ia kini telah tular di media sosial dan pengetahuan umum.

Sebelum ini nama beliau disebut dan dicadangkan untuk menggalas jawatan Menteri Kewangan dalam kabinet baharu tetapi ia tidak berlaku.

Seperti kelaziman pelantikan anggota kabinet, ia dilakukan berdasarkan kepada hierarki dalam parti yang memerintah.



Sebagai contoh, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ke Kementerian Belia dan Sukan manakala Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man kembali dilantik menjadi Menteri Alam Sekitar dan Air.

Walaupun perkara ini dilihat tidak menyalahi mana-mana peruntukan tetapi ia sedikit janggal kerana orang kedua dalam parti tidak dilantik dalam kabinet Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO.

Bagaimanapun, kabinet Ismail Sabri ketika ini tidak melibatkan pelantikan Timbalan Perdana Menteri.

Belum diketahui jawatan tersebut dikosongkan sementara waktu atau dikekalkan sehingga tamat penggal pentadbiran.



Apa pun asas kepada kemajuan sesebuah negara ialah kestabilan baik dari sudut politik, ekonomi dan kesihatan yang saling berkait lebih-lebih lagi pada saat negara menghadapi wabak Covid-19.

Perdana Menteri telah dilantik, anggota kabinet juga akan mengangkat sumpah pada Isnin. Terus bekerja dan selesaikan sebarang perselisihan politik sama seperti sebuah keluarga.

Selesaikan perselisihan ikut resipi kekeluargaan


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Exco Pas tidak akan letak jawatan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker