Najib tawar bantuan guaman kepada gadis hilang tangan akibat disamun
Najib tawar bantuan guaman kepada gadis hilang tangan akibat disamun
Bekas perdana menteri Najib Razak menawarkan bantuan guaman kepada Siti Nur Azizah Syafriadi, gadis berusia 17 tahun yang menjadi mangsa samun sehingga mengakibatkan tangan kanannya terpaksa dipotong sehingga paras bahu.
Bersimpati dengan nasib gadis itu, Ahli Parlimen Pekan itu telah menghubungi pihak keluarga Nur Azizah bagi menghulurkan sejumlah bantuan.
“Pegawai saya telah pun berhubung dengan keluarga adik (Siti Nur Azizah) dan telahpun salurkan sejumlah bantuan tunai kecemasan dan menawarkan bantuan guaman,” katanya di Facebook.
Najib dalam pada itu turut meluahkan rasa marah terhadap penjenayah terbabit dan menyifatkan perbuatan tersebut zalim dan tidak berperikemanusiaan.
“Jika kita terdesak macam mana pun, jangan sesekali terjebak dengan jenayah,” katanya.
Terdahulu, dilaporkan tangan kanan Nur Azizah terpaksa dipotong sehingga paras bahu kerana cedera parah dan mulai membiru.
Pada 26 Ogos lalu, Nur Aziah dan teman lelakinya yang menaiki motosikal Y15ZR telah disamun oleh tiga orang lelaki ketika dalam perjalanan pulang selepas selesai menghantar makanan kepada pelanggan, kira-kira pukul 12.10 tengah malam.
Suspek difahamkan telah menendang motosikalnya sehingga menyebabkan ia hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan, mengakibatkan Nur Azizah cedera di bahu kanan, dalam kejadian di Jalan Kuching menghala pusat bandar itu.
Nur Azizah yang kini masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) merupakan anak sulung kepada lima orang adik beradik.
Menurut abang saudara mangsa, selepas bapanya meninggal dunia, Nur Azizah yang tinggal di PPR Beringin Jinjang mengambil tanggungjawab membantu menambah pendapatan keluarga dengan menjual dan membuat perkhidmatan menghantar makanan. FMT
Najib tawar bantuan guaman kepada gadis hilang tangan akibat disamun
Baca Artikel Menarik :
- Suspek sorok mayat mangsa rogol, liwat direman seminggu
- Serangan Bom: Dua rakyat Malaysia Didakwa Di Teluk Guantanamo
- Perkenalkan Pilihan Raya Pecat Wakil Rakyat Lompat Parti – Azalina
- Semoga kepimpinan tepat dapat pulihkan Malaysia – Najib
- Dulu Menteri Sekarang Jadi Penghantar Makanan [VIDEO]
- Pengawal keselamatan tular sebab dibelasah meninggal dunia
- Resepi Mee Ladna Banjir Sedap Betul
- Dafi tak mahu rakyat stress, rela dimarahi
- Bekas PA dedah kisah cinta terhalang dengan Vida
- “Ikut Tingkap Ke? Malunya” – Ayda Jebat Dikecam Pilih Bersalin Secara Pembedahan#
- Mereka hendak bunuh karier politik saya
Layari Laman Facebook MYKMU
Exco Pas tidak akan letak jawatan