Varian Delta mengganas di Sarawak

Varian Delta mengganas di Sarawak

Varian Delta dikesan di 10 bahagian di Sarawak dengan 99 peratus daripadanya dilaporkan di bahagian Kuching, sekali gus menyumbang kepada peningkatan kadar jangkitan Covid-19 di negeri berkenaan.

Pengarah Kesihatan Sarawak Dr Mohamed Sapian Mohamed, berkata kehadiran varian Delta mempunyai kebolehjangkitan lima hingga lapan kali lebih tinggi, berbanding varian lain.

Katanya, ia menjadikannya faktor utama jangkitan kes tinggi di Sarawak, khususnya di zon selatan membabitkan daerah Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Asajaya, Simunjan, Serian dan Tebedu.

“Varian Delta berpotensi merebak dengan cepat terutama jika individu tidak memakai pelitup muka, tidak mematuhi penjarakan fizikal dan tidak mengamalkan kebersihan diri,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Mohamed Sapian, berkata kehadiran virus itu menyaksikan Sarawak mencatat jangkitan harian melebihi 1,000 sehari dalam tempoh 12 hari berturut-turut sejak 18 Ogos lalu.

“Semalam saja, sebanyak 2,522 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Sarawak, menjadikan kumulatif kes sebanyak 112,245 kes.

“Pada bulan ini saja sejumlah 35,517 kes baharu dikesan iaitu peningkatan 224% berbanding pada bulan lalu bagi tempoh sama,” katanya.

Beliau berkata, rakyat Sarawak bagaimanapun bertuah kerana liputan imunisasi Covid-19 mencapai 90.9% bagi dos pertama dan 87.9% bagi dos kedua setakat semalam.

“Walaupun imunisasi berkesan dalam mengurangkan kesan teruk penyakit akibat jangkitan Covid-19 kepada seseorang, tetapi perlu diingat kira-kira 30% daripada kes harian membabitkan golongan bawah umur 18 tahun masih belum layak menerima vaksin.

“Daripada jumlah kes baharu dikesan pada bulan ini, sebanyak 99% kes berada pada tahap klinikal kategori satu iaitu tiada gejala dan kategori dua iaitu mempunyai gejala ringan ketika dikesan positif,” katanya. FMT

Varian Delta mengganas di Sarawak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Exco Pas tidak akan letak jawatan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker