“Saya Bukan Genius…”Pemuda Ini Individu Etnik Kenyah Pertama Diterima Ke Universiti Oxford

“Saya Bukan Genius…”Pemuda Ini Individu Etnik Kenyah Pertama Diterima Ke Universiti Oxford

SEORANG pemuda Kenyah dari Baram, Sarawak membanggakan masyarakat setempat apabila menjadi individu pertama daripada etnik itu yang diterima masuk ke Universiti Oxford dalam bidang Undang-Undang.



Chris Deng Vinsien, yang menerima tawaran itu beberapa hari lalu memberitahu apa yang dicapai dalam hidupnya selama ini adalah hasil kerja keras keluarga dan kedua ibu bapanya.

“Saya akan berusaha yang terbaik untuk tidak mensia-siakan peluang ini. Peluang ini bukan sahaja cabaran untuk diri sendiri tetapi kepada semua pelajar di Sarawak yang ingin membuktikan bahawa kita juga boleh lakukannya.

“Terima kasih kepada ibu bapa yang telah menjadi guru saya sejak kecil. Vinsien Gau, bapa saya yang banyak memberi semangat untuk mengejar impian.

“Ibu saya, Maria Dun yang tidak pernah jemu mengingatkan saya untuk sentiasa merendah diri. Adik-beradik saya yang juga pencabar terhebat saya, yang meletakkan standard tinggi sejak awal.



“Semua pencapaian saya adalah kerana mereka yang sentiasa ada dalam hati saya,” katanya menerusi akaun Facebook.

1268678

Chris memberitahu keluarganya adalah sumber inspirasi kejayaannya.

Chris mendapat tawaran menyambung pengajian dalam bidang Undang-Undang di Magdalen College, Universiti Oxford di Britian dan dijangka memulakan pengajian pada Oktober depan.



Menurut Quacquarelli Symonds (QS), World Universitiy Rankings, Universiti Oxford adalah universiti terbaik di Eropah dan kedua di dunia selepas Institut Teknologi Massachusetts di Amerika Syarikat.

Chris dibesarkan di Bintulu dan memasuki sekolah berasmara penuh sebelum menyambung pelajarannya di Maktab Rendah Sains Mara Mukah dan meneruskan pengajian A-Level di Kolej Yayasan UEM di Lembah Beringin, Selangor.

Meskipun pencapaiannya membanggakan, namun Chris tidak menganggap dia sebagai seorang pelajar luar biasa malah merasakan ada yang lebih hebat daripadanya.

“Bagi yang mengenali saya, mereka tahu bahawa saya bukan seorang genius. Saya juga seperti orang lain, suka bermain futsal pada waktu petang dan keluar melepak dengan rakan-rakan pada waktu malam.



“Setiap daripada kita mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri. Manfaatkan sepenuhnya. Sesiapa pun boleh berjaya dengan mengambil satu langkah,” katanya.-mSTAR

“Saya Bukan Genius…”Pemuda Ini Individu Etnik Kenyah Pertama Diterima Ke Universiti Oxford


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ cari penyanyi lagu saduran Azman Naim

Pelajar UiTM raih anugerah peringkat dunia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker