Nga Kor Ming minta kedudukan
Nga Kor Ming minta kedudukan pembangkang diiktiraf. Kedudukan pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak perlu diiktiraf sesuai dengan semangat demokrasi tulen dan kematangan politik baharu.
Nga Kor Ming (DAP-Aulong) berkata, pengiktirafan itu bagi memastikan Dewan Negeri dapat memainkan peranan sebagai imbang dan semak kuasa dengan sebaiknya selain menjadi mercu tanda sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.
Menurutnya, antara pembaharuan yang boleh dicadangkan bagi memperkukuh institusi dan reformasi Dewan Negeri itu adalah dengan mengangkat kedudukan ketua pembangkang bertaraf Exco.
“Selaras dengan janji reformasi oleh bekas Perdana Menteri bahawa ketua pembangkang di Parlimen adalah bertaraf menteri, jadi kedudukan di peringkat negeri adalah wajar diangkat bertaraf Exco,” katanya pada sesi perbahasan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-14 di sini pada Jumaat.
Bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu turut mencadangkan agar wakil pembangkang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC).
Katanya, perkara itu telah pun diamalkan di peringkat Dewan Rakyat dan Perak seharusnya meneladani perkara sama bagi memastikan Dewan Negeri dapat memainkan peranan dengan sebaiknya.
“Kita juga seharusnya segera meminda enakmen negeri dan perintah tetap Dewan Negeri supaya memberi kuasa kepada PAC untuk memanggil saksi dan memberi keterangan.
“Selain itu, dicadangkan juga agar ditubuhkan jawatankuasa pilihan khas bajet, pihak berkuasa tempatan (PBT), syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kesihatan awam serta pengurusan tanah.
“Ini bakal mengikut langkah reformasi yang sedang dirancang dan diamalkan di peringkat Persekutuan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Pengerusi DAP Perak itu menyokong cadangan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri yang dikemukakan ADUN Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada sesi perbahasan pada Khamis.
Katanya, penubuhan majlis yang melibatkan keanggotaan pakar, wakil kerajaan dan pembangkang itu boleh dijadikan strategi baharu tadbir urus dan pembangunan negeri.
“Wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) sedia menimbang untuk menyertai majlis ini supaya ekonomi Perak dapat segera pulih dan rakyat dapat menjalani kehidupan secara normal,” katanya.
Zambry dalam perbahasannya mencadangkan agar kerajaan negeri menubuhkan Majlis Pemulihan Negeri yang akan melapor kepada Dewan Negeri Perak, dianggota oleh pemegang taruh utama dan tokoh yang dihormati, berkelayakan serta wakil dari kedua-dua kerajaan dan pembangkang.
Nga Kor Ming minta kedudukan
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Azalina cadang Timbalan Speaker diberi kepada pembangkang
- Sejak Insiden Hina Kemaluan Bekas Isteri, Pelakon Galih Ginanjar Hilang Hubungan Dengan Anak
- Aming Sempat Pesan Ibu Tutup Aurat Sebelum Meninggal Dunia [VIDEO]
- Peniaga Ayam Golek Curi Ayam Mentah [VIDEO]
- Tak halal dunia akhirat – Amy Search
- Resepi Air Perut Kempis Badan Melentik
- Myvi Langgar Lari Viva Hingga Terbalik Nyaris Langgar Pejalan Kaki [VIDEO]
- Lan Pet Pet kini pembantu peguam
- Negara tanpa pesawat rasmi
- Cubaan lantik Azmin sebagai TPM hanyalah sabotaj kepada Perdana Menteri
- InsyaAllah Kerajaan Baharu Akan Kembalikan Kesejahteraan Rakyat – Najib
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.