Mula rancang beri dos penggalak kepada petugas barisan hadapan

Mula rancang beri dos penggalak kepada petugas barisan hadapan, gesa persatuan

Kerajaan perlu mula merancang pemberian suntikan dos penggalak kepada petugas kesihatannya, kata Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM).

Presidennya, Dr Kuljit Singh, berkata ia amat membimbangkan apabila varian baharu menular dengan cepat di rantau ini dan beberapa negara lain.

“Petugas kesihatan kita mungkin terdedah kepada jangkitan Covid-19 dan mengalami komplikasi serius sekiranya dos awal tidak lagi melindungi mereka,” katanya dalam kenyataan.

“Kerajaan perlu mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan dalam sistem penjagaan kesihatan swasta untuk mengadakan mekanisme untuk melaksanakan pemberian dos penggalak sebaik sahaja kelulusan rasmi diperolehi daripada pihak berkuasa kawal selia.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Kejayaan kita dalam menguruskan pandemik bergantung terhadap keselamatan dan kesihatan petugas kesihatan barisan hadapan.”

Beliau berkata sebaiknya kajian dilakukan terhadap keberkesanan dan potensi pembentukan imuniti daripada dos penggalak serta sains dalam penggunaan penggalak heterogen, yang mungkin efektif terhadap pelbagai mutasi.

Kuljit berkata kumpulan pertama petugas kesihatan sepatutnya telah lengkap dua dos vaksin lima bulan lalu.

Beliau menganggarkan hampir 80% populasi akan lengkap dua dos vaksin dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi.

Katanya, sebaik sahaja petugas kesihatan menerima perlindungan mencukupi menerusi dos penggalak yang dicadangkan itu, negara boleh mempertimbangkan pemberiannya kepada mereka yang lengkap dua dos, khususnya golongan berisiko tinggi.

Menurutnya, ini berdasarkan penerimaan bukti yang diterbitkan mengenai dos penggalak, banyak negara telah melaksanakan langkah itu. FMT

Mula rancang beri dos penggalak kepada petugas barisan hadapan

Tak perlu lantik TPM pun, jangan peningkan kepala

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker