Antibodi Llama boleh matikan varian Delta
Antibodi Llama boleh matikan varian Delta
Penemuan saintis: Antibodi Llama boleh matikan varian Delta, hentikan Covid-19
ENTAH betul, entahkan tidak. Katanya antibodi sejenis haiwan yang dikenali sebagai Llama mungkin boleh mematikan varian Delta dan sekaligus, menghentikan pandemik Covid-19.
Sekadar pengisian untuk tatapan pembaca, bagaikan ada sinar baharu buat seluruh dunia apabila para saintis membuat penemuan, antibodi daripada haiwan Llama mungkin boleh mematikan virus Covid-19.
Perkara itu didedahkan oleh penyelidik Pusat Bioteknologi Perubatan VID-UGent di Ghent.
Menurut Ketua Pegawai Perubatan ExeVir VIB-UGent, Domunique Tersago, antibodi yang diekstrak daripada seekor Llama dilihat boleh menghapuskan penularan koronavirus.
Menurut Tersago lagi, antibodi itu digelar sebagai Winter, turut berupaya mematian varian Delta.
Katanya, Llama menjana antibodi yang luar biasa secara semulajadi.
“Saiznya yang kecil dapat bercantum dengan bahagian tertentu pada spike protein virus, sekaligus tidak membenarkan antibodi yang lebih besar masuk,” katanya.
Katanya lagi, mereka juga tidak nampak mutasi pada kadar tinggi sambil menambah, antibodi ini juga menunjukkan tahap penueteralan kuat terhadap varian Delta yang mudah menular iaitu dalam tempoh 15 saat.
Untuk rekod, Winter menghasilkan versi antibodi yang lebih kecil, stabil dan lebih mudah dihasilkan berbanding mamalia lain.
Dan Llama adalah sejenis binatang seperti unta tetapi tidak mempunyai bonggol di bahagian belakang.
Haiwan ini berasal dari Amerika Selatan dan biasanya digunakan untuk pengangkutan dan turut dijadikan sumber makanan oleh masyarakat Andean.
Llama mempunyai leher yang panjang dengan ketinggian mencapai 5.5 sehingga 6 kaki apabila berdiri dan tempoh hayatnya ialah antara 20 hingga 25 tahun. SM
Baca Artikel Menarik :
- Azalina cadang Timbalan Speaker diberi kepada pembangkang
- Sejak Insiden Hina Kemaluan Bekas Isteri, Pelakon Galih Ginanjar Hilang Hubungan Dengan Anak
- Aming Sempat Pesan Ibu Tutup Aurat Sebelum Meninggal Dunia [VIDEO]
- Peniaga Ayam Golek Curi Ayam Mentah [VIDEO]
- Tak halal dunia akhirat – Amy Search
- Resepi Air Perut Kempis Badan Melentik
- Myvi Langgar Lari Viva Hingga Terbalik Nyaris Langgar Pejalan Kaki [VIDEO]
- Lan Pet Pet kini pembantu peguam
- Negara tanpa pesawat rasmi
- Cubaan lantik Azmin sebagai TPM hanyalah sabotaj kepada Perdana Menteri
- InsyaAllah Kerajaan Baharu Akan Kembalikan Kesejahteraan Rakyat – Najib
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.