Pembangkang tidak akan persulit usul percaya kepada Ismail – Anwar

Pembangkang tidak akan persulit usul percaya kepada Ismail jika agenda pro rakyat diutamakan, kata Anwar

Pakatan Harapan (PH) tidak akan mempersulitkan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Rakyat jika kerajaan terbuka mengutamakan isu rakyat.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim memberikan jaminan itu, sekiranya kerajaan dan pembangkang saling terbuka bekerjasama berhubung isu rakyat sepertimana keterbukaan perdana menteri berjumpa pimpinan pembangkang hari ini.

“Kita beritahu kalau suasana begini dan program agak pro rakyat kita tak akan persulitkan (usul undi percaya) ,” katanya kepada pemberita selepas lebih sejam mengadakan pertemuan dengan Ismail di Perdana Putra hari ini. FMT

Walaupun tidak menjelaskan secara lanjut, anwar berkata antara yang dibincangkan adalah program pro-rakyat yang memberi tumpuan kepada isu kemiskinan dan pekerjaan.

Dia menyifatkan pertemuan itu sebagai “permulaan yang baik” dan pertemuan peringkat jawatankuasa akan disertai wakil-wakil pembangkang.

“(Mereka akan bincang tentang) apa yang boleh dipersetujui dan langkah yang harus diambil supaya keadaan, kedudukan perdana menteri dan negara lebih terkawal dan aman politiknya,” katanya lagi.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Pembangkang tidak akan persulit usul percaya kepada Ismail – Anwar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tak perlu lantik TPM pun, jangan peningkan kepala

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker