Maut selepas tidak sedarkan diri dalam kereta terbakar

Maut selepas tidak sedarkan diri dalam kereta terbakar

MELAKA: Seorang lelaki ditemukan tidak sedarkan diri dalam kenderaannya yang terbakar sebelum disahkan meninggal dunia di Taman Pokok Mangga, di sini, pagi tadi.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 8.25 pagi ketika mangsa, Md Lela Othman, 51, yang juga kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menghidupkan kenderaannya untuk ke tempat kerja di Ayer Keroh.



Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, berkata kejadian disedari anak lelaki mangsa berusia 21 tahun apabila melihat Proton Exora mangsa terbakar di bahagian belakang sebelum bergegas keluar dari rumah.

Beliau berkata, kira-kira jam 8 pagi mangsa ada mengadu sakit dada sebelum keluar untuk menghidupkan enjin kenderaannya yang diletakkan di hadapan rumah.

“Anaknya yang melihat kenderaan itu sudah dipenuhi asap serta terdapat api di belakang bertindak membawa bapanya keluar dan ketika itu mangsa sudah tidak sedarkan diri.

“Pasukan perubatan yang tiba pada jam 8.50 pagi mengesahkan kematian mangsa,” katanya.



Beliau berkata, pemeriksaan mendapati tiada sebarang kesan melecur atau terbakar pada badan mangsa.

“Pemeriksaan lanjut oleh pasukan forensik bomba dan polis juga tidak menemui kesan unsur jenayah.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat,” katanya. BH

Maut selepas tidak sedarkan diri dalam kereta terbakar




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tak perlu lantik TPM pun, jangan peningkan kepala



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker