Mangsa dalam siasatan babit Ebit Lew diambil keterangan
Mangsa dalam siasatan babit Ebit Lew diambil keterangan
Bukit Aman mengesahkan keterangan sudah diambil daripada individu yang didakwa menjadi mangsa dalam kes gangguan seksual pendakwah popular, Ebit Lew.
Bagaimanapun identiti mangsa dan bilangan yang sudah tampil membantu siasatan tidak didedahkan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Abd Jalil Hassan mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, tetapi enggan mendedahkan identiti mangsa dan bilangan saksi yang sudah tampil membantu siasatan.
Katanya, siasatan masih diteruskan dan polis sedang menunggu lebih ramai saksi lain untuk tampil.
“Masih belum ada perkembangan terbaru lagi, orang ramai ada maklumat boleh tampil,” katanya yang dipetik akhbar itu.
Khamis lalu, Lew dipanggil ke Bukit Aman untuk membantu siasatan.
Katanya, beliau memberikan kerjasama penuh kepada polis yang mengambil keterangannya lebih sejam.
Lew sebelum ini menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah sangat kejam dan melampau, tetapi beliau memaafkan individu terbabit.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. FMT
Mangsa dalam siasatan babit Ebit Lew diambil keterangan
Baca Artikel Menarik :
- Sarjan dipecat: Jangan masuk campur urusan tentera
- Gempar! Armada UFO melintasi langit Tennessee, Amerika Syarikat
- Amerikat Syarikat biayai Taliban
- Jangan Ganjiong, Tan Boon Heong kata kepada Najib
- Resepi Murtabak Maggi Terlajak Viral
- Azmin bakal jadi TPM, kata sumber
- Bekas CEO 1MDB mengaku pindah wang tanpa kebenaran
- It’s cheaper to buy a car in Singapore than Malaysia
- TMJ mahu tinggalkan JDT?
- Former Miss Universe Malaysia refuses to wear ‘face diaper’
- Kerajaan BN atau PN? Jenamakan semula kerajaan baharu!
Layari Laman Facebook MYKMU
Mohd Alwi minta MP Umno usah ‘overdose’ kerumun PM
You must be logged in to post a comment.