Beri ruang pada golongan muda
Beri ruang pada golongan muda. Perubahan sering kali menjadi kayu ukur generasi muda yang mahu mengubah landskap politik negara. Banyak pihak khususnya golongan muda menyuarakan serta menuntut hak pembaharuan dalam perubahan yang perlu dilaksanakan kerajaan melalui sistem demokrasi.Generasi muda di Malaysia rata-ratanya bersetuju bahawa keyakinan terhadap sistem demokrasi yang semakin menurun adalah dipengaruhi oleh tindak tanduk ahli politik sendiri.Menerusi luahan di media sosial, generasi muda dilihat tidak mempunyai masalah dengan sistem demokrasi namun faktor ahli politik membuatkan mereka tidak lagi percaya dengan sistem tersebut.Mereka mengakui kecewa dengan demokrasi malah ada yang mengaku tidak mahu lagi terbabit dalam pilihan raya akan datang kerana menganggap ia tidak memberi kesan kepada tindakan dan keputusan yang dibuat di Parlimen.
Keyakinan yang menurun ini disebabkan wujudnya jurang ketidaksamaan di antara generasi dalam politik Malaysia.
Golongan muda perlu diberi ruang menjadi pemain penting dalam pembangunan, politik serta ekonomi di Malaysia. Sementara itu, generasi lama perlu memberi kerjasama membantu golongan muda bagi mencorakkan masa depan negara.
Cara lama yang diamalkan di negara ini sudah kurang relevan, bahkan sudah tiba masa Malaysia terus ke hadapan dengan membuka seluas-luasnya peluang kepada generasi pelapis pula. Tidak kira sama ada dalam sektor kerajaan atau swasta, bidang ekonomi mahupun politik, peredaran masa harus disertai dengan idea termaju dan perubahan cara kerja yang lebih segar.
Sudah tiba masanya persada politik Malaysia memberi perhatian kepada golongan muda sebagai pencetus pembaharuan yang nyata. Mereka seharusnya menjadi pemain penting dalam bidang politik negara pada usia muda mereka. Jika negara maju bersedia mempunyai Perdana Menteri dan Presiden berumur 35 tahun, Malaysia tidak seharusnya menafikan potensi pemimpin pelapis yang kita ada.
Ahli politik mesti berhenti memandang golongan muda hanya sebagai pengganti kepada generasi lama. Mereka mempunyai potensi kepemimpinan yang perlu diberi ruang.
Bukan tugas ahli politik untuk menunda peranan mereka dalam politik dan kepimpinan parti serta negara.
Masalah rakyat lebih penting dari fikir nama Kerajaan BN atau PN
Bahayanya bukan sekadar ahli politik tidak sedar mengenai hal ini, bahkan rasa keterasingan dan peminggiran semakin bercambah dalam kalangan generasi muda yang semakin meningkat.Perubahan
Bagi melakukan perubahan jangka masa panjang, golongan muda perlu terbabit dalam proses politik rasmi dan memiliki suara dalam merumuskan politik hari ini serta masa depan.
Penyertaan politik inklusif bukan sahaja hak asasi politik dan demokratik asas, bahkan penting untuk membangunkan masyarakat stabil dan damai serta merangka dasar memenuhi keperluan khusus generasi muda.
Ekonomi Malaysia juga tidak boleh sentiasa selesa dan berpuas hati dengan struktur lama. Fasa ekonomi masa depan seharusnya berorientasikan global dengan dipacu teknologi termaju hasil cetusan idea generasi muda.
Kerajaan perlu memainkan peranan sebagai pemudah cara untuk mengetengahkan generasi muda. Tidak menafikan hak dan pengalaman pemain politik veteran, tapi sudah tiba masanya mereka mengundur selangkah kebelakang dan memberi laluan kepada golongan muda dengan menjadi penasihat kepada golongan pelapis ini setelah lebih enam dekad mereka bermain di gelanggang politik Malaysia.
Tanpa ekosistem yang mendukung aspirasi dan suara golongan muda ini, idea terbaik daripada generasi muda akan dibazirkan dengan demonstrasi di jalanan hanya kerana kerajaan gagal untuk beranjak dan berubah sesuai zaman dan masa.
Ramai golongan muda masa kini sangat pintar dan berpendidikan. Mereka mempunyai tahap kesedaran tinggi. Sekiranya mengambil bahagian dalam politik, mereka mampu memperkayakan dengan idea baharu.
Golongan muda mampu mengubah negara melalui politik dengan terbabit secara aktif, substantial dan penuh bermakna dalam parti politik.
Sudah tentu cara mewujudkan masa depan sejahtera bagi sesebuah negara adalah dengan mempromosikan penyertaan dan pembabitan golongan muda dalam politik kerana mereka mempunyai kemampuan dan keinginan membentuk masa depan negara.
Tidak dapat dinafikan hak golongan muda ialah bahagian penting dalam mana-mana sistem demokrasi, termasuk Malaysia!
* Shafezah Abdul Wahab ialah
Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Melaka
Beri ruang pada golongan muda
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Rafizi bidas Anwar, mengejar nombor hingga tinggal prinsip
- Cikgu tolak vaksin, tak bodoh macam kebanyakan – Suhaimi
- Bunyi tembakan dalam PKR?
- Suami di luar negara, isteri ditangkap basah di kampung
- Muhyiddin gagal tapi mahu jadi Menteri Mentor?
- Sesuap bubur nasi buat ahli Bersatu
- Gara-gara Murai Cerek, lelaki parah ditetak
- Remy Ishak mohon maaf
- Gagal jadi PM, Aliff tawarkan diri jadi TPM
- Resepi Rendang Daging Batang Pinang Pedas
- Muhyiddin terima kesan akibat perbuatan sendiri
Layari Laman Facebook MYKMU