Tanggungjawab besar, dengar nadi rakyat – Zahid

Tanggungjawab besar, dengar nadi rakyat – Zahid

Tanggungjawab Yang Besar Kerajaan Baharu… Dengari Dan Dalami Nadi Rakyat – Ahmad Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberikan saranan kepada mereka yang akan mengemudi kerajaan baharu agar sedarilah betapa besar pengharapan rakyat ketika ini.

Katanya, kini tiba masanya untuk pimpinan kerajaan yang diamanahkan berpendirian berani memperbetulkan keadaan dan kerosakan.

“Ternyata ia suatu tanggungjawab yang besar lagi berat perlu dipikul seusai kegagalan terdahulu.

“Untuk itu jangan diulangi kesilapan lalu dan dengarilah dan dalamilah denyut nadi rakyat di setiap masa. Jadikan kesejahteraan dan keselamatan mereka(rakyat) sebagai keutamaan mengatasi yang lain.

“Berkhidmatlah dengan jujur lagi ikhlas untuk mengeluarkan negara daripada ancaman pandemik dan insyaAllah dengan ketulusan dan kejujuran pasti memperoleh keberkatan dan kemenangan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Tambah Ahmad Zahid, hayati jua kecaknaan baginda Tuanku betapa negara sedang bergelut dengan isu kesihatan dan kemurungan ekonomi.

“Maka amalan berselindung disebalik ‘kejayaan kosmetik’ dan menyalahkan rakyat bukan lagi pilihan.

“Pengharapan rakyat agak pandemik COVID-19 yang telah mengorbankan hampir 14,000 nyawa segera berakhir dan berharap supaya jangkitan wabak yang mencecah lebih 22,000 kes setiap hari dapat dibendung dan dikurangkan.

“Pimpinan UMNO telah menyarankan berjuang membuka pintu kepada landasan yang sebenar.”katanya lagi.

Dalam masa yang sama beliau turut menyertakan sepotong ayat yang bermakna:

“Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tidak ada sesuatu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit. Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”- UMNO Online

Tanggungjawab besar, dengar nadi rakyat – Zahid


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nabil akui ujian ini amat besar

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker