Mesir tutup pintu sempadan Rafah mulai Isnin

Mesir tutup pintu sempadan Rafah mulai Isnin

KAHERAH: Mesir akan menutup pintu sempadan Rafah di Gaza sehingga diberitahu kelak.

Menurut sumber keselamatan Mesir yang dipetik Reuters, Hamas yang menguasai Gaza menyatakan pihaknya telah diberitahu oleh Mesir mengenai penutupan sempadan daripada kedua arah tanpa memperincikan perkara tersebut.

Penutupan itu dibuat atas faktor keselamatan berikutan berlaku ketegangan antara Israel dan Hamas apabila pesawat Israel menyerang lokasi di Gaza selepas tembakan melintasi sempadan Gaza dan Israel pada awal Ahad.

Rafah merupakan satu-satunya persimpangan antara Mesir dan Gaza di mana sekatan oleh Israel telah membataskan pergerakan orang ramai dan barang keperluan selama bertahun-tahun.

Mesir membuka sekatan pada Februari lalu dalam usaha untuk mendorong rundingan antara Palestin yang bertemu waktu itu di Kaherah.

Mesir terus membuka jalan ketika dan selepas konflik 11 hari antara Israel dan Hamas pada bulan Mei.

Ini bagi menyampaikan bantuan dan bahan binaan melalui Rafah selepas rundingan genjatan senjata antara kedua belah pihak diadakan.-Awani

Mesir tutup pintu sempadan Rafah mulai Isnin


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PM kata peralihan kerajaan lagi akan merugikan negara

PM paling lama, paling sekejap, paling tua dan paling muda memerintah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker