Adab Menziarah Orang Meninggal Dunia Sebagaimana Pesanan Baginda s.a.w.
Adab Menziarah Orang Meninggal Dunia Sebagaimana Pesanan Baginda s.a.w.
Apabila kita menziarahi orang meninggal ada beberapa adab yang perlu kita patuhi bersandarkan kepada hadis Baginda s.a.w. antaranya:
Pejamkan mata si mati dan mendoakannya.
Menurut Ummu Salamah, “Baginda s.a.w. melawat Abu Salamah yang menghembuskan nafasnya yang terakhir, dan kedua-dua matanya terbuka. Baginda memejamkan mata Abu Salamah dan bersabda, “apabila roh sudah direnggut matanya perlu dipejamkan.” HR Muslim, Ahmad & Baihaqi
Menutup seluruh badan jenazah dengan kain. Menurut Aisyah r.ha. “Ketika Baginda s.a.w. wafat, seluruh jasadnya ditutup dengan kain lurih (kain buatan negeri Yaman)” HR Bukhari & Muslim
Berdiri dan tidak duduk bagi menghormati jenazah. Sabda Baginda s.a.w. “Jika salah seorang dari kalian melihat jenazah, maka berdirilah saat melihatnya hingga usungan jenazah itu berlalu, demikianlah sekiranya ia tidak ikut, (menghantar jenazah tersebut)” HR Muslim
Mensolatkan dan menghantarnya ke kubur. Dari Abi Hurairah r.a. bersabda Baginda s.a.w. “Barangsiapa yang mensolatkan jenazah maka baginya pahala satu qiraat dan siapa yang menghantarnya hingga jenazah diletakkan di liang kubur, maka baginya pahala dua qiraat.” Saya bertanya, “Wahai Baginda seperti apakah dua qiraat itu?” Jawabnya “seperti dua gunung Uhud.”
Dilarang mencaci maki jenazah. Dari Aisyah r.ha. Nabi s.a.w. bersabda, “Janganlah kamu semua mencaci maki orang yang telah meninggal dunia, sebab sesungguhnya mereka telah sampai atau memenuhi apa yang telah mereka kerjakan, yakni sewaktu hidupnya di dunia.” HR Bukhari
Tidak banyak cakap dan berbual yang lagho (sia-sia) tetapi mengambil iktibar di mana yang hidup pastinya akan mati.
Janganlah menangis yang keterlaluan atau meraung-raung ketika melihat jenazah.
Menghiburkan keluarga si mati dengan menganjurkan supaya mereka bersabar terhadap takdir Allah dan mengharapkan pahala dari Nya. Ini juga merupakan satu sunnah. Sabda Nabi s.a.w.
“Tidak ada seorang mukmin yang memberikan tazkiyah (kegembiraan) kepada saudaranya dalam satu musibah, kecuali Allah akan memberikan kepadanya dari pakaian kehormatan pada hari kiamat” HR Ibnu Majah. Utv
Adab Menziarah Orang Meninggal Dunia Sebagaimana Pesanan Baginda s.a.w.
Baca Artikel Menarik :
- Anak penoreh getah jadi Perdana Menteri Malaysia
- PM paling lama, paling sekejap, paling tua dan paling muda memerintah
- Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan
- Gagal dilantik sebagai PM-9, Anwar luah perasaan melalui nyanyian [VIDEO]
- Syarat Muhyiddin Undang Ketidakstabilan
- Mageran Jalan Akhir
- Bekas pegawai Ahli Parlimen disyaki seleweng RM140,600
- Ini cara mudah Mas Khan dapatkan Porche
- Resepi Bihun Goreng Merecik
- MP Pas langgar titah Agong?
- Kalau dah jodoh, dulu cikgu sekarang isteri
Layari Laman Facebook MYKMU
Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan