Vaksin COVID-19: FDA dijangka beri kelulusan penuh penggunaan Pfizer

Vaksin COVID-19: FDA dijangka beri kelulusan penuh penggunaan Pfizer

PENTADBIRAN Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat dijangka meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech secara sepenuhnya Isnin ini.

The New York Times yang memetik sumber berkata, proses semakan mungkin melepasi tarikh berkenaan ketika mana dokumen dan rundingan bersama syarikat itu masih berlanjutan.

Langkah itu menjadikannya vaksin pertama daripada kelulusan kecemasan mendapat kelulusan penuh FDA.

Syarikat-syarikat di Amerika Syarikat telah memperketat peraturan vaksin untuk pekerja susulan lonjakan kes jangkitan COVID-19 di seluruh negara.

Beberapa pihak menyebut kelulusan penuh daripada FDA itu adalah sebahagian daripada proses membuat keputusan.

Kelulusan penuh daripada FDA dapat membantu meyakinkan individu yang ragu-ragu untuk mendapatkan vaksin.

Pfizer-BioNTech memulakan proses permohonan lesen biologi mereka untuk vaksin dua dos dibangunkan pada bulan Mei lalu selepas mendapat kebenaran penggunaan kecemasan daripada FDA pada bulan Disember tahun lepas.

Ia turut memulakan proses kelulusan untuk meluaskan pemberian dos penggalak atau ‘booster shot’ selepas menyerahkan data ujian klinikal kepada FDA.

Sekiranya diberikan kelulusan penuh oleh FDA, vaksin Pfizer-BioNTech akan tersedia di pasaran selepas pandemik berakhir.

Lebih daripada 203 juta dos vaksin Pfizer dan BioNTech telah diberikan di seluruh Amerika Syarikat.

Vaksin COVID-19: FDA dijangka beri kelulusan penuh penggunaan Pfizer


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Netizen kecam pegawai Rela kasar di PPV

Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker