Restoran lengang, aktiviti ‘dine-in’ tidak dapat sambutan
Restoran lengang, aktiviti ‘dine-in’ tidak dapat sambutan di Lembah Klang
Kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan kepada pemilik premis untuk membenarkan aktiviti ‘dine-in’ mulai hari ini seolah-olah tidak mendapat sambutan apabila kebanyakan kedai makan di Lembah Klang lengang tanpa pengunjung walaupun ketika di waktu puncak.
Tinjauan FMT di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Selangor mendapati pelanggan lebih selesai membungkus makanan dan membuat pesanan melalui perkhidmatan penghantar makanan seperti Grabfood dan Foodpanda.
Seorang pengusaha kedai makan, Sahlan Solekan berkata premisnya sunyi tanpa kehadiran pengunjung sejak dibuka seawal 10 pagi.
“Ramai yang masih takut dan bimbang, walaupun kita kata dah boleh makan di kedai tapi kes masih tinggi,” katanya kepada FMT.
Walaupun merasa agak ragu-ragu dengan kelonggaran yang diberikan, Sahlan berkata, syarat ketat agar pelanggan yang lengkap dua dos sahaja dibenarkan makan di kedai sedikit melegakan.
Baca Artikel Menarik :
- Pelitup muka Tajuddin berharga RM1,699?
- Gagal dilantik sebagai PM-9, Anwar luah perasaan melalui nyanyian [VIDEO]
- Syarat Muhyiddin Undang Ketidakstabilan
- Mageran Jalan Akhir
- Bekas pegawai Ahli Parlimen disyaki seleweng RM140,600
- Remy Ishak, Ezza kahwin Sabtu ini
- Ini cara mudah Mas Khan dapatkan Porche
- Resepi Bihun Goreng Merecik
- MP Pas langgar titah Agong?
- Kalau dah jodoh, dulu cikgu sekarang isteri
Layari Laman Facebook MYKMU
“Mula-mula kita memang bimbang sebab tak tahu siapa pembawa (virus), tetapi bila kerajaan kata kena lengkap dua dos vaksin, kita rasa lega dan okay sedikit,” katanya.
Sementara itu, pemilik sebuah kafe di Kuala Selangor, Raja Zahari berkata walaupun sudah dibenarkan ‘dine-in’, premisnya tetap berhati-hati menerima pelanggan.
“Kita akan maksimumkan hanya enam meja digunakan pada satu-satu masa dan satu meja hanya dua orang,” katanya yang agak terkejut dengan pengumuman kelonggaran SOP berkenaan.
“Walaupun kita gembira tetapi kelam kabut juga bila tahu ‘last minute’ boleh buka, kita nak kena siapkan stok lagi,” katanya.
Dalam pada itu, penolong pengurus Kafe Andra by Gula Cakery, Zikri Hafiz berkata premis berkenaan masih tidak bersedia menerima kehadiran pengunjung untuk ‘dine-in’ ketika ini.
“Kita hanya akan terima pelanggan ‘dine-in’ paling awal Isnin nanti, kerana banyak yang perlu kita lakukan dari segi ‘top-up’ bahan mentah dan pada masa sama pastikan kakitangan kita benar-benar bersedia,” katanya.
Dalam pada itu, beliau beranggapan keputusan kerajaan memberi kelonggaran ‘dine-in’ ketika kes masih tinggi di Selangor agak kurang bijak.
“Kes tengah melonjak, saya rasa lagi dibenarkan (dine-in) lagi naik kes. Bagi saya, keputusan ini tidak memuaskan,” katanya.
Semalam, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan kebenaran aktiviti ‘dine-in’ mulai hari ini bagi premis makanan di kawasan berstatus Fasa Satu PPN, namun terhad bagi pelanggan yang lengkap divaksin.
Antara kelonggaran lain bagi individu lengkap divaksin di kawasan Fasa Satu PPN ialah aktiviti sukan, rekreasi dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan serta operasi pasar malam dan pasar minggu. FMT
Restoran lengang, aktiviti ‘dine-in’ tidak dapat sambutan
Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan