Hasrat Ismail Sabri 20 tahun dulu jadi kenyataan

Hasrat Ismail Sabri 20 tahun dulu jadi kenyataan

TEMERLOH – Siapa sangka hasrat seorang ahli politik muda dari Pahang yang pernah menyatakan impian untuk menjadi perdana menteri kepada keluarganya kira-kira 20 tahun lalu kini menjadi kenyataan.

Semasa menjadi Ketua Pemuda Pergerakan UMNO Temerloh, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pernah menyatakan hasratnya itu di beranda rumah ibu saudaranya di Kampung Paya Banir yang terletak di tebing ke Sungai Pahang.

Sepupunya, Zairani Mohamed, 53, berkata, Ismail Sabri menyatakan demikian ketika menjawab soalan ditanya oleh bapa saudaranya tentang cita-citanya sebagai ahli politik.

Ahli keluarga yang mendengar kata-kata Ismail Sabri ketika itu mengaminkannya kerana menganggap ia doa seorang yang mahu membela nasib rakyat.

“Peristiwa ini lebih 20 tahun lalu apabila menggamit memori apabila terkenang semangat dan cita-citanya menjadi Perdana Menteri tercapai.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Pada ketika itu, beliau Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Temerloh namun sudah telah meletakkan wawasannya untuk Perdana Menteri. Apa yang kami nampak beliau berusaha, bekerja dan berkhidmat bersunguh-sunguh sehingga menjadi ahli Parlimen dan menteri,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Selain itu, ibu saudara Ismail Sabri, Embong Abd Rahman, 87, yang selalu mengasuhnya sejak kecil menganggapnya seorang baik dan menghormati orang tua.

“Baik sangat budaknya, saya mengasuh Datuk Seri Ismail ketika dia berusia lima tahun dan dia amat menghormati orang tua, baik sangat kepada semua penduduk kampung,” katanya.

Menurutnya, kepada keluarga, Ismail Sabri lebih dikenali dengan panggilan Pok Su Yie.

“Daripada dulu memang mendoakan kejayaan Pok Su Yie berjaya dalam dunia politiknya dan insyaAllah dia boleh mentadbir dengan baik,” kata Embong. MG

Hasrat Ismail Sabri 20 tahun dulu jadi kenyataan

Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker