Aliff Syukri Bakal Lancar Drama Pendek, Angkat Kisah Arwah Bapa [VIDEO]
‘Hebatnya Saya Kerana Doa Orang Tua’
Aliff Syukri Bakal Lancar Drama Pendek, Angkat Kisah Arwah Bapa

Usahawan dan personaliti media sosial terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan bakal melancarkan sebuah drama pendek tentang kisah kehidupannya.
Drama pendek

Ketika ditemui OhBulan! pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman itu memaklumkan bahawa dia telah memenuhi hasratnya untuk mengabdikan kisah arwah bapa yang merupakan seorang pengawal peribadi menerusi drama tersebut.
Drama ini mengisahkan kisah saya dan arwah bapa. Saya mahu imbas kembali sikap saya yang pernah biadab terhadap arwah.
Saya mahu mengagungkan kisah seorang bapa yang membesarkan anak hanya dengan bekerja sebagai pengawal keselamatan.
Hebatnya saya adalah kerana doa ibu dan bapa saya. Jasa mereka terlalu banyak untuk saya.
Saya tidak berlakon di dalam drama ini dan tidak mencari pelakon lelaki yang kacak tetapi menumpukan kepada jalan cerita yang penuh realiti.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saarani Bertemu Masyarakat India Kota Tampan, Suburkan Semangat Kebersamaan
- Kerajaan Negeri Johor Akan Terus Komited Pastikan Kebajikan Golongan Ibu Tunggal Sentiasa Terbela
- Yayasan Pahang Terima Anugerah Anti-Rasuah, Bukti Berwibawa Angkat Nilai Integriti
Perpaduan Adalah Kekuatan, Bukan Perpecahan
Menurut Aliff, andai drama pendek tersebut mendapat respon yang baik daripada penonton, dia akan menghasilkan karya yang lebih baik.
Jika ia menjadi satu karya hebat saya akan abadikan sebagai filem pula.
Kalau drama pendek ini berhasil, saya akan teruskan dengan sebuah filem tentang kisah cinta saya dan isteri.
Aliff berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Wisma Dherb’s yang berlangsung di Kota Damansara, Selangor pada Sabtu.
Wisma baharu
@ohbulanofficial Tahniah diucapkan buat Datuk Aliff Syukri dan Datin Shahida 😍😍 #ohbulan #ohbulan #datukserialiffsyukri #datinshahida
Dalam perkembangan lain, selepas lebih 10 tahun beroperasi di Persiaran Prestij, Kota Damansara, Wisma D’Herbs kini tampil dengan wajah baharu yang lebih moden, eksklusif dan mesra pelanggan.
Menurut Aliff, pengalaman membeli-belah yang berbeza terhadap para pengunjung di bangunan tersebut ternyata telah memberikan pulangan memberangsangkan kepada syarikat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Kepong Tegas Isu Penstrukturan Semula DBKL, Hormati Kerangka Undang-Undang
- Malaysia Mesti Beralih Kepada Pembangunan Berasaskan Nilai
- MyGIG Hargai Keprihatinan TPM, Terus Suarakan Isu Pemandu E-Hailing
Biarlah Kerajaan Negeri Ditadbir Pemimpin Terbukti Berfungsi – Pemuda UMNO Sri Gading
Kami melakukan pengubahsuaian hampir RM20 juta. Ini adalah jerih perih kami suami dan isteri, iaitu usaha kami sendiri untuk membangunkan wisma ini.
Kami buat bangunan ini seperti exhibition konsep di mana pengunjung seolah-olah akan merasai pengalaman di karnival.
Jualan kami untuk enam bulan ini lebih dari RM6 juta, hasil daripada walk in sahaja.
Majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran duta beg AS iaitu Izara Aishah dan Sally Whoo, selain penampilan istimewa artis jemputan seperti Amelina dan Sherry Alhadad.
Aliff Syukri Bakal Lancar Drama Pendek, Angkat Kisah Arwah Bapa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hari Wilayah … Rai Semangat Kebersamaan, Kepelbagaian Dan Daya Tahan
- Hari Wilayah Persekutuan 2026: Perkukuh Kebersamaan, Perteguh Masa Depan Negara – Ahmad Zahid
- MINDEF Komited Sokong Usaha Murni Berteraskan Ilmu, Muafakat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Perlu Keluar Dari Zon Selesa, Cipta ‘Keluarbiasaan’ – Ahmad Zahid
You must be logged in to post a comment.