Muda Sertai Warisan, Langkah Kanan Warisan Ke Semenanjung

KOTA KINABALU: Penganalisis politik berpendapat penyertaan MUDA dalam Warisan akan menjadi kejayaan awal buat parti itu, terutama selepas memutuskan untuk mengembangkan sayapnya ke Semenanjung.

Romzi Ationg daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata, pengundi akan melihat perkara itu sebagai kejayaan awal Warisan untuk mendapatkan sokongan di Semenanjung pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Romzi Ationg

”Selain itu, sudah pasti pengundi berasa diberikan alternatif baharu pada PRU nanti, namun terpulang kepada mereka untuk memilih parti,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, Tony Paridi Bagang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah berpendapat gabungan antara Warisan dan MUDA adalah langkah strategik, khususnya dalam usaha dua parti berkenaan menarik sokongan orang muda.

“Pelebaran sayap Warisan ke Semenanjung akan membantunya mendekati golongan muda, khususnya rakyat Sabah di sana.

Tony Paridi Bagang

“Pada masa sama, ini mewujudkan sinergi untuk mengetengahkan idea politik baharu yang menjangkaui politik identiti seperti disebut-sebut oleh Warisan dan MUDA,” katanya.

Wallahi, saya tidak terima wang untuk ‘sucikan DAP’ – Rafi

Tony berkata, gabungan itu juga dapat menjadi langkah ”promosi” untuk Warisan lebih dikenali rakyat di Semenanjung.

Bagaimanapun, Lee Kuok Tiung dari UMS berpendapat gabungan MUDA dengan Warisan tidak akan berjaya kerana parti pimpinan Shafie Apdal masih terlalu baharu buat rakyat di Semenanjung.

Lee Kok Tiung.

”Biasanya parti baharu perlu nama yang terserlah seperti Tun Mahathir (Mohamad) ketika Bersatu mula-mula ditubuhkan dulu.

”Jika mengharapkan Syed Saddiq (Syed Abdul Rahman) seorang di sana (Semenanjung) pun sukar juga (mendapatkan sokongan).

”Tanpa nama yang sudah menyerlah agak sukar. Shafie mungkin nama besar di Sabah tetapi bukan di Semenanjung,” katanya.

Terdahulu, MUDA dilaporkan akan bergabung dengan Warisan bagi membolehkan aktivis dan penggeraknya menyertai pilihan raya umum akan datang.

Langkah itu dikatakan dibuat kerana MUDA gagal didaftarkan sebagai parti sah.

Syed Saddiq menyifatkan gaya atau corak politik bekas ketua menteri Sabah itu sangat baik untuk Malaysia.

 

‘Budak Azmin’ dijangka bertanding di Shah Alam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker