Apa Kena Dengan Mereka… Hari-hari Keluar Kenyataan Berbaur Angkuh – Dr Asyraf Wajdi



Sebaran :


KUALA LUMPUR, 21 April – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan sikap Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PPBM yang dilihat kerap kali mengeluarkan kenyataan berbaur angkuh.

Beliau berkata, sebelum itu seorang pemimpin Ahli MPT PPBM mengeluarkan kenyataan kluster mahkamah sebagai ‘Binatang Politik’.

“Sekarang seorang lagi pemimpin Ahli MPT PPBM menyalahkan rakyat pula akibat kegagalan menangani COVID-19 dengan mengistilahkan ‘rakyat degil’,” katanya.



Beliau berkata demikian dalam hantaran berkaitan isu tersebut dalam laman facebooknya dengan memetik kenyataan Ahli MPT PPBM, Mohd Rafiq Mohd Abdullah yang berkata ‘rakyat degil’.

Mohd Rafiq berkata demikian ketika program Wacana Sinar baru-baru ini yang bertajuk ‘Darurat: COVID-19 Gagal Ditangani, SOP Separuh Masak?.

“Apa kena dengan mereka ini? Tiap-tiap hari keluar kenyataan berbaur angkuh dan bongkak yang pastinya mengundang kemarahan orang lain dan rakyat,” bidas Dr Asyraf lagi.



Terdahulu Ahli MPT PPBM, Muhammad Faiz Na’aman turut dibidas oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang menganggapnya sebagai biadap ekoran menyifatkan ‘Kluster Mahkamah’ sebagai binatang politik yang mempergunakan Ketuanan Melayu untuk kepentingan peribadi. UMNO Online


Sebaran :


One thought on “Apa Kena Dengan Mereka… Hari-hari Keluar Kenyataan Berbaur Angkuh – Dr Asyraf Wajdi

  • Mungkin “Binatang Politik” tersebut diterjemahkan secara terus dari idiom Inggeris “Political Animal” yang bermaksud orang yang taksub berpolitik. Serupa degan perkataan yang selalu kita dengar “Party Animal” yang bermaksud seseorang yang suka berpesta/berparti. Kalau diucapkan di kalangan penutur bahasa Inggeris, ianya tidak akan membawa maksud yang boleh menyinggung orang yang dimaksudkan. Cuma di sini kalau diterjemahkan terus ke dalam bahasa Melayu, sememangnya bunyinya akan menghina seseorang, jadi kalau boleh jangan buat terjemahan terus dari bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.

    Reply

Leave a Reply