Al-Fatihah: Tiga Minggu Tenat Kerana Covid-19, Bapa Azlan Typewriter Meninggal Dunia

 

Bapa kepada penyanyi Azlan Typewriter, Sallehudin Che Ani, 68, meninggal dunia jam 4.25 petang tadi di Hospital Selayang selepas tiga minggu bertarung nyawa akibat jangkitan Covid-19.

Azlan atau nama sebenarnya, Nor Azlan Rosle Sallehudin, 39, berkata, bapanya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang selepas mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Lebih menyedihkan, dia tidak dapat berada di sisi bapanya sebaliknya melihat detik terakhir pemergian bapanya menerusi sidang video.

“Ayah saya menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.25 petang tadi. Saat paling menyedihkan bila saya tengok Allahyarham perlahan-lahan menghembuskan nafas terakhir.

“Walaupun tak dapat berada di samping arwah, tapi pihak hospital beri kebenaran kami membuat sidang video dan semua adik-beradik saya pun ada sekali dalam sesi video itu.

“Dalam keadaan sekarang saya hanya berserah kepada ketentuan Allah SWT. Saya akur apabila tak boleh uruskan jenazah bapa kerana Covid-19,” katanya.

Azlan berkata, pihak hospital akan menguruskan jenazah bapanya sehingga ke liang lahad berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) penyakit berjangkit yang sudah ditetapkan.

Azlan turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Hospital Selayang kerana memberikan sepenuh kerjasama yang baik dalam menguruskan jenazah bapa saya.

“Apabila perkara mengejutkan sebegini, kita jadi kalut kerana tidak bersedia dugaan ini datang,” katanya.-HM

Covid-19: Bapa tenat akibat COVID-19, Azlan Typewriter reda

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker