Harapan menggunung rakyat kepada PM
Harapan menggunung rakyat kepada PM. Orang ramai berharap pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Kesembilan mampu mengurangkan kes positif Covid-19.
Rata-rata mereka berkata, kaedah lebih tegas adalah diperlukan ketika ini bagi melawan wabak tersebut yang terus-menerusi mencatatkan jumlah kes melebihi 20,000 kes sehari.
Menurut Liza Hanum, Ismail Sabri perlu membuktikan bahawa beliau mampu mencipta ‘keajaiban’ dalam peperangan terhadap wabak Covid-19.
“Tak banyak pun yang kami minta, cukuplah dengan membantu mengurangkan kes positif Covid-19.
“Mungkin pemerintahan sebelum ini Pak Mail tak mampu menghasilkan impak sebagaimana diinginkan tetapi kini setelah bergelar Perdana Menteri, buktikanlah kepada kami semua anda mampu membawa perubahan,” ciapnya di Twitter hari ini.
Menurut Nur Hanani pula: “Tahniah Pak Long. Kami sebagai peniaga mahu sektor ekonomi hidup kembali. Caranya adalah perang habis-habisan terhadap Covid-19.
“Buatlah sesuatu, kami mahu kerajaan baharu ini kompetitif, dan mempunyai belas kasihan terhadap rakyat.
“Ini kerajaan ketiga sejak Covid-19 melanda, saya tak nak kerajaan keempat kerana ia merencatkan perancangan memerangi wabak itu,” ciapnya.
Sementara itu, pengguna bernama Khairuddin Hasan berkata, dia berharap barisan Kabinet yang akan dilantik nanti terdiri daripada individu ikhlas dalam membantu negara keluar daripada ‘zaman gelap’.
“Mangsa makin bertambah, jadi antara benda yang kita tak perlu ketika ini adalah kelompok menteri yang hanya tahu bawa agendi peribadi, bukannya berjuang demi negara,” katanya
Harapan menggunung rakyat kepada PM
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Anak penoreh getah jadi Perdana Menteri Malaysia
- PM paling lama, paling sekejap, paling tua dan paling muda memerintah
- Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan
- Gagal dilantik sebagai PM-9, Anwar luah perasaan melalui nyanyian [VIDEO]
- Syarat Muhyiddin Undang Ketidakstabilan
- Mageran Jalan Akhir
- Bekas pegawai Ahli Parlimen disyaki seleweng RM140,600
- Ini cara mudah Mas Khan dapatkan Porche
- Resepi Bihun Goreng Merecik
- MP Pas langgar titah Agong?
- Kalau dah jodoh, dulu cikgu sekarang isteri
Layari Laman Facebook MYKMU