Dafi Mula Jadi Perhatian Ramai
Datuk Seri Ismail Sabri Jadi PM Ke-9, Nama Dafi Mula Jadi Perhatian Ramai
Pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 nampaknya telah menjadikan nama penyanyi Dafi mula menjadi perhatian.
Bapa Dafi, itulah kata-kata yang bermain di mulut netizen apabila DS Ismail telah diangkat menjadi pemimpin Malaysia pada petang tadi.
Akui berasa bangga dengan perlantikan itu, Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail yakin bahawa bapanya itu mampu menggalas tanggungjawab tersebut dengan baik.
Ujar penyanyi yang terkenal dengan tagline ‘baik punya’ itu lagi, dia melihat kejayaan bapanya itu adalah hasil usaha kerja dan usaha yang bermula daripada bawah.
Baca Artikel Menarik :
- Pelitup muka Tajuddin berharga RM1,699?
- Gagal dilantik sebagai PM-9, Anwar luah perasaan melalui nyanyian [VIDEO]
- Syarat Muhyiddin Undang Ketidakstabilan
- Mageran Jalan Akhir
- Bekas pegawai Ahli Parlimen disyaki seleweng RM140,600
- Remy Ishak, Ezza kahwin Sabtu ini
- Ini cara mudah Mas Khan dapatkan Porche
- Resepi Bihun Goreng Merecik
- MP Pas langgar titah Agong?
- Kalau dah jodoh, dulu cikgu sekarang isteri
Layari Laman Facebook MYKMU
Secara peribadi, saya melihat dia seorang yang bekerja keras. Kejayaan beliau sekarang ini adalah hasil kerja kerasnya yang bermula dari bawah. Sejujurnya, hanya saya dan keluarga saya saja tahu betapa dia seorang yang bapa yang terbaik. Begitu juga apabila menjadi seorang pemimpin..dia inginkan yang terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia. Dia pernah hidup susah sebab itu dia tak nak lihat orang lagi susah.
Dafi yang dihubungi media turut memaklumkan bahawa dia sudah lama mempersiapkan diri untuk berdepan dengan sebarang kritikan dan juga kecaman.
Namun jelasnya lagi, dia hanya mahu sentiasa berfikiran positif seperti mana yang diajar bapanya itu sejak kecil.
Tahniah diucapkan buat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas perlantikan sebagai Perdana Menteri ke-9 bagi menggantikan Datuk Seri Mahiaddin Yassin yang meletakkan jawatan pada Isnin lalu. Bn
Dafi Mula Jadi Perhatian Ramai
Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan