Polis ke rumah Ebit Lew cari bahan bukti
Polis ke rumah Ebit Lew cari bahan bukti
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat mula melakukan kerja-kerja penggeledahan bagi mencari bahan bukti di rumah pendakwah terkenal, Ebit Lew di Setia Alam, dekat sini petang tadi.
Ia susulan tiga buah kenderaan disyaki milik PDRM dilihat memasuki kawasan berkenaan kira-kira pukul 4.15 petang.
Selang beberapa minit kemudian, kelihatan sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam yang mempunyai logo badan kebajikan pendakwah terbabit turut memasuki kawasan perumahan itu.
Bagaimanapun, kenderaan PDRM dilihat keluar dari kawasan perumahan itu kira-kira pukul 5.13 petang.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan pasukan penyiasat daripada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) akan membuat kerja-kerja penggeledahan di kediaman Ebit dalam usaha mencari bahan bukti termasuk telefon bimbit miliknya bagi membantu siasatan.
Baca Artikel Menarik :
- Gunung Jerai ‘menangis’, tiga selamat, seorang lagi hilang [VIDEO]
- Daiyan Trisha dikritik kerana menari berseluar pendek
- Kejadian aneh, Ikan puyu naik darat di Tanjong Karang [VIDEO]
- Anwar kekal ‘PM Tepi’ lagi
- Najib sentiasa dahulukan parti sebelum dirinya
- Annuar Musa kena ‘balun’ dengan netizen lagi
- Ustaz Ebit Lew selesai beri keterangan dakwaan gangguan seksual
Layari Laman Facebook MYKMU
“Penggeledahan untuk mendapatkan bahan bukti merupakan antara prosedur yang perlu dilakukan pihak polis dalam melengkapkan kertas siasatan.
“Namun begitu, saya tidak dapat pastikan bila pegawai penyiasat kes akan ke rumah beliau (Ebit) sama ada hari ini atau esok, itu kena tanya mereka sendiri,” ujarnya ringkas sebentar tadi.
Terdahulu, Ebit Lew hari ini hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebagai saksi untuk membantu siasatan kes gangguan seksual yang dikaitkan dengannya seperti mana yang tular menerusi video, baru-baru ini. K Online
Polis ke rumah Ebit Lew cari bahan bukti
You must be logged in to post a comment.