Pemimpin sebenar tidak boleh dibeli – TMJ

Pemimpin sebenar tidak boleh dibeli – TMJ

Seorang Pemimpin Sebenar Tidak Boleh Dibeli’, TMJ Muat Naik Amaran Di Instastory!

Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan Johor tidak akan terlibat dengan sebarang keputusan yang akan menjejaskan Perlembagaan, Kedaulatan Institusi Diraja dan kesejahteraan rakyat.

Baginda yang dikenali dengan gelaran Tengku Mahkota Johor (TMJ) menyatakan amaran tersebut menerusi Instastory dan rakyat berpendapat TMJ menegur kemelut politik yang melanda negara.

Dalam masa sama, TMJ turut menegaskan keutamaan Malaysia pada ketika ini hanyalah melibatkan kestabilan negara, kehidupan rakyat dan bukannya tentang kepentingan peribadi.

Selain itu, TMJ turut memuat naik posting berunsur kata-kata peringatan yang dipetik daripada hadis riwayat al-Bukhari tentang tanda-tanda orang munafik.

“Daripada Abi Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Tanda-tanda orang munafik ada tiga iaitu :

“Apabila dia bercakap dia berdusta, dan apabila dia berjanji dia memungkiri, dan apabila dia diberi amanah doa telah mengkhianati,” kata hadis riwayat al-Bukhari.

Dalam masa sama, posting yang serupa turut dimuat naik oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi laman Facebook rasmi milik baginda dan rakyat terus berteka-teki ia ditujukan kepada siapa.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Dengan mengibarkan bendera Johor, TMJ juga menulis dan berpendapat bahawa seseorang pemimpin itu tidak boleh dijual beli dalam apa-apa sahaja urusan demi negara.

“Seorang pemimpin sebenar tidak boleh dibeli,” tulisnya ringkas namun memberikan mesej yang cukup besar sebagai tanda amaran Johor tidak akan bersekongkol dengan politik yang merugikan. SM

Pemimpin sebenar tidak boleh dibeli – TMJ

Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker