Perlu kabinet baru atau sama sahaja – Penganalisis

Perlu kabinet baru atau sama sahaja – Penganalisis

Jika Ismail dilantik PM, luar sahaja lain, dalam sama, kata penganalisis

Potensi pelantikan Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri ibarat “tiada perubahan dan hanya luaran sahaja berbeza”, kata penganalisis.

Bekas timbalan perdana menteri itu yang juga jurucakap bukan kesihatan utama kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) mengenai isu Covid-19, kini mendapat sokongan Barisan Nasional (BN), Bersatu, PAS dan GPS sebagai calon utama perdana menteri selepas Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan pada Isnin.

“Ini seperti tiada perubahan dan hanya luaran sahaja berbeza atau pepatah Cina menyebut, ‘anda ubah nama sup, tetapi tidak mengubah ramuannya. Anda masak sup yang berbeza atau dengan rasa yang berlainan, tetapi ramuannya sama’,” kata Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura Oh Ei Sun kepada FMT.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Oh meramalkan negara akan melihat “rombakan Kabinet” yang kebanyakannya dianggotai oleh muka sama dalam pentadbiran baru dengan jawatan menteri berbeza dan bukannya perubahan terhadap keseluruhan kerajaan.

“Keseluruhan usaha melawan pandemik dan pemulihan ekonomi tidak akan jauh bezanya daripada pemerintahan Muhyiddin yang diketahui dengan kegagalannya menguruskan pandemik dan ketidakcekapannya dalam menghidupkan semula ekonomi.

“Ia bukanlah kerajaan yang akan membuatkan ramai berasa kagum.”

Dengan kerajaan PN yang dilihat gagal dalam menguruskan pandemik, bekas ahli akademik Azmi Hassan berkata, pentadbiran baharu dipimpin Ismail boleh menangani semula persepsi negatif ini dengan melakukan dua perkara.

Pertama, Kabinet baharu ini perlu menampilkan muka baharu dan kedua, bakal menteri mestilah cekap dan “bagus dalam melaksanakan tugas”.

“Saya rasa dengan itu rakyat akan memberikan peluang kepada mereka,” kata Azmi.

“Jika ia hanyalah muka sama daripada Kabinet sebelumnya yang tidak menunjukkan prestasi, ia hanya menjadi kegagalan yang sama.”

Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun meminta semua Ahli Parlimen mengemukakan akuan berkanun (SD) untuk menamakan pilihan calon perdana menteri mereka menjelang 4 petang nanti. FMT

Perlu kabinet baru atau sama sahaja – Penganalisis

Saya tak perlu letak jawatan – Pengerusi Mara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker