Perkara Penting Sebelum Beli Oximeter, Pertimbangkan Beberapa Perkara Ini..

Perkara Penting Sebelum Beli Oximeter, Pertimbangkan Beberapa Perkara Ini..

SUKA atau tidak, negara kita sekarang masih lagi bergelut dengan pandemik atau wabak COVID-19.

Jumlah kes harian kini masih lagi tinggi dengan catatan kes harian masih pada empat digit.



Lebih-lebih lagi apabila ancaman varian baharu yang telah bermutasi semakin membimbangkan.

Bukan sahaja ia lebih bahaya malah ia juga lebih mudah tersebar berbandung varian asal virus tersebut.

Oleh sebab itulah kita sekarang harus lebih bersidiplin. Keluar rumah hanya bila betul-betul perlu.

Dan buat anda yang terpaksa bekerja sepanjang tempoh PKP ‘full lockdown’ ini, teruskan tabahkan hati.

Ikuti segala langkah SOP dengan memakai pelitup muka dan melakukan penjarakan sosial.



Selain itu, penyediaan alat bantuan kesihatan juga boleh anda sediakan di rumah.

Pada masa sekarang alat pengukur kadar oksigen dalam badan iaitu oximeter sangat popular. Alat ini penting untuk kita sentiasa memantau kadar oksigen dalam badan.

Ini kerana pesakit COVID-19 sama ada bergejala atau tidak kebiasaannya menunjukkan kadar oksigen yang terjejas.



Sebelum anda bercadang membeli peranti ini, terdapat beberapa perkara penting perlu anda pertimbangkan.

Pertama sekali apakah sebenarnya fungsi oximeter?

FUNGSI OXIMETER

  • Sejenis alat kompak pengesan nadi oximeter yang bersifat mudah alih
  • Sesetengah oximeter dilebgkapi dengan bunyi amaran jika ia mendapati bacaan di bawah paras normal atau terlalu rendah
  • Peranti yang mengesan dengan cepat dan memberikan bacaan tempoh beberapa saat sahaja
  • Dilengkapi skrin terang yang menunjukkan indikasi maklumat bacaan

KENAPA OXIMETER SANGAT PENTING

  • Untuk memeriksa tahap kandunagn oksigen dalam badan dan mengesan dengan awal sekiranya ada yang tidak kena pada badan
  • Bagi mengesan secara awal jika pesakit memerlukan bantuan pernafasan seperti bekalan oksigen
  • Memeriksa dan menilai tahap sistem pernafasan sama ada memerlukan bantuan pernafasan atau ubatan

PERKARA PERLU DIPERTIMBANG SEBELUM BELI OXIMETER

  • Pertama sekali harganya yang berpatutan
  • Pilih oximeter yang mempunyai fungsi bunyi amaran atau buzzer
  • Ketepatan bacaannya sangat penting tidak kiralah sama ada anda membelinya untuk kegunaan konvensional atau untuk pemantauan harian tahap kesihatan
  • Oximeter yang mempunyai faktor ketahanan air
  • Dapatkan oximeter yang mempunyai kelulusan atau sijil kualiti daripada agensi tertentu
  • Selain itu anda juga harus rajinkan diri untuk baca review serta padangan daripada pengguna yang telah membeli produk tersebut

MENGGUNAKAN OXIMETER DENGAN BETUL

  • Pastikan dalam keadaan relaks badan dan mental untuk bacaan tepat
  • Jangan gerakkan tangan ketika bacaan sedang dilakukan. Untuk kestabilan letakkan tangan di atas permukaan rata seperti di atas meja atau katil.
  • Jangan gunakannya ketika bateri dalam keadaan lemah
  • Usah alihkan peranti ketika bacaan sedang dilakukan. Sedikit pergerakan boleh menjejaskan bacaan tepat-Maskulin

Perkara Penting Sebelum Beli Oximeter, Pertimbangkan Beberapa Perkara Ini..


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Perutusan Propaganda’, Najib balun Muhyiddin cabar jawab soalan ini



Kerajaan campuran boleh dibentuk jika tiada pihak ada majoriti – Penganalisis

Muhyiddin ‘jatuh’, langkah Azmin, Zuraida jadi tumpuan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker