Arab Saudi Bakal Anjur Permainan Squid Game Versi Realiti [VIDEO]

Arab Saudi Bakal Anjur Permainan Squid Game Versi Realiti [VIDEO]

Arab Saudi bakal menganjurkan permainan Squid Game sebenar, bertujuan menarik perhatian pelancong asing ke negara itu, lapor Khaleej Times semalam.

Pihak Berkuasa Am untuk Hiburan (GEA) negara itu menawarkan enam permainan berbeza yang diinspirasikan daripada drama terkenal Korea Selatan, Squid Game.

Permainan itu direka serupa daripada yang dipaparkan dalam drama tersebut.

Ia bermula dengan pertemuan peserta dengan askar bersut merah dan berakhir dengan mengumumkan pemenang.

Acara tersebut menjadikan Arab Saudi sebagai yang pertama di dunia menawarkan permainan Squid Game pada tahap sedemikian.

Pihak berkuasa telah memperuntukkan zon khas untuk acara itu di kawasan seluas 9,582 meter persegi di Riyadh.

Lokasi permainan asal dibina hanya dalam tempoh selama 35 hari.

Bagi menjadikan ia lebih realistik, patung animatronik berketinggian tiga meter dibina manakala set acara tarik tali sepanjang tiga meter turut diletakkan di atas tanah.

Kira-kita 70 pemain boleh menyertai permainan itu yang bermula dengan mendapatkan kad, bertemu askar-askar bertopeng, memakai baju khas serta bermain acara berbeza dengan keterujaan yang serupa. – Agensi

Arab Saudi Bakal Anjur Permainan Squid Game Versi Realiti [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker