Calon PM BN jangan kekalkan struktur kerajaan PN

Calon PM BN jangan kekalkan struktur kerajaan PN, kata Pemuda Umno

Mana-mana calon perdana menteri dari Umno dan Barisan Nasional (BN), tidak boleh terikat dengan sebarang bentuk perjanjian bagi mengekalkan struktur pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini, kata Asyraf Wajdi Dusuki.

Ketika menegaskan perkara berkenaan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno malam tadi, Ketua Pemuda Umno itu juga berkata calon berkenaan harus taat kepada titah Yang di-Pertuan Agong untuk mewujudkan Jemaah Menteri yang mampu menterjemahkan permuafakatan semua parti politik dalam tempoh menangani Covid-19.

Katanya, bakal perdana menteri baharu itu perlu mengutamakan kesejahteraan rakyat dan agenda pemulihan negara, sebelum negara benar-benar bersedia mengadakan pilihan raya umum ke-15.

“Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Presiden Umno (Ahmad Zahid Hamidi) yang berkongsi intipati titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong berkali-kali menegaskan dalam sesi mengadap ketua-ketua parti semalam, ‘yang menang tidak menang semua, yang kalah tidak kalah semua’,” katanya dalam catatan di Facebook.

Beliau berkata, pasti ada sebab mengapa Yang di-Pertuan Agong menitahkan ‘undi percaya’ dilakukan di Parlimen untuk mengabsahkan kedudukan perdana menteri, setelah dinamakan oleh Baginda.

Dalam mesyuarat bersama 42 Ahli Parlimen BN semalam, semua sebulat suara memilih Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri.

Sementara itu, Presiden Warisan, Shafie Apdal dalam satu wawancara bersama Astro Awani semalam berkata Yang di-Pertuan Agong mahu sesiapa sahaja yang terpilih sebagai perdana menteri baharu melalui akuan berkanun (SD) menguji kesahihan sokongannya di Parlimen.

Perkara itu dinyatakan semasa pertemuan dengan semua pemimpin parti politik petang semalam.

“SD ini yang melibatkan 220 Ahli Parlimen di negara kita adalah untuk menjelaskan dan menyatakan siapa sebenarnya calon yang mereka akan beri sokongan untuk menjadi perdana menteri.

“Dan lepas itu, kalau didapati salah seorang menjadi pilihan, Tuanku akan akan memanggil untuk memastikan ada kebenaran SD itu.

“Setelah ada calon yang dilantik sebagai perdana menteri, telah dititahkan agar perkara ini tidak hanya diputuskan melalui keputusan itu, tetapi juga perlu dibawa ke Parlimen untuk pengesahan, kita mahukan kestabilan,” kata Shafie. FMT

Calon PM BN jangan kekalkan struktur kerajaan PN


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin ‘jatuh’, langkah Azmin, Zuraida jadi tumpuan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker