Susah senang, PAS tetap denganmu, Hadi beritahu Muhyiddin
Susah senang, PAS tetap denganmu, Hadi beritahu Muhyiddin
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang memberi jaminan parti itu terus bersama Muhyiddin Yassin selepas Presiden Bersatu itu meletak jawatan sebagai Perdana Menteri susulan kehilangan majoriti sokongan di Dewan Rakyat.
Katanya, PAS akan bersama Ahli Parlimen Pagoh itu dalam setiap keadaan.
“Sebentar tadi saya telah menghubungi Muhyiddin Yassin, menzahirkan setinggi penghargaan dan memberikan kata-kata semangat kepadanya.
“Saya turut mengulangi komitmen untuk terus bersama di waktu senang dan susah, khususnya dalam usaha memulihkan negara dan memperkukuh perpaduan sesama kita,” kata Hadi menerusi Facebooknya.
PAS dengan 18 Ahli Parlimennya adalah antara sekutu utama Muhyiddin yang membolehkan beliau menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan tahun lalu, dan membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersama beberapa parti lain di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Beberapa pemimpin PAS sebelum ini mengulangi pendirian parti itu untuk terus bersama PN, selain memperkukuhkan hubungan dengan Umno menerusi Muafakat Nasional (MN).
Muhyiddin hilang majoriti di Parlimen setelah 15 Ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan kepada beliau minggu lalu.
Beberapa pemimpin Umno sebelum ini menggesa PAS untuk memilih sama ada mahu bersama Umno atau Bersatu pada pilihan raya umum akan datang. FMT
Susah senang, PAS tetap denganmu, Hadi beritahu Muhyiddin
Baca Artikel Menarik :
- Azwan Ali Mengamuk,Kau Merangkaklah Kat Padang Masyhar Cari Aku
- Agong titah PRU15 bukan pilihan terbaik
- “Selepas hujan pasti ada pelangi menanti” – Najib
- Tiada parti dapat majoriti kukuh, bubar Parlimen langkah terbaik
- MKT UMNO, ahli Parlimen perlu cari titik persamaan
- ‘Tiada siapa cukup majoriti, MT Umno cadang kerajaan perpaduan’
- Resepi nasi ulam Kedah sedap dan berkhasiat
Layari Laman Facebook MYKMU