PAS terima jemputan menghadap Agong – Tuan Ibrahim

PAS terima jemputan menghadap Agong – Tuan Ibrahim

Seorang pemimpin tertinggi PAS mengesahkan parti itu juga mendapat jemputan dari Istana Negara untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, mengesahkan perkara itu kepada BH semalam.

Ditanya adakah PAS dan parti komponen Perikatan Nasional (PN) lain ada menerima jemputan dari Istana Negara untuk mengadap Seri Paduka Baginda jam 2 petang ini, beliau hanya menjawab “ada juga”.

Terdahulu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, turut mengesahkan pihaknya ada menerima jemputan dari Istana Negara untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong jam 2 petang ini.

Menurut Saifuddin, Istana Negara mengeluarkan jemputan untuk seua pemimpin parti politik utama untuk mengadap Seri Paduka Baginda.

Dipercayai, ia ada kaitan dengan perbincangan berhubung siapa bakal Perdana Menteri kesembilan. BH

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

PAS terima jemputan menghadap Agong – Tuan Ibrahim


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nazri tandatangan SD sokong Ismail Sabri jadi PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker