Netizen berang pesakit Covid-19 dirawat sebelah longkang
Netizen berang pesakit Covid-19 dirawat sebelah longkang
Dua klip video menunjukkan pesakit Covid-19 menerima rawatan bersebelahan longkang yang dilimpahi air di luar Hospital Bukit Mertajam menyebabkan warganet berang dengan keadaan itu.
Difahamkan, selepas hujan lebat, air mula melimpah dari longkah bersebelahan laluan pejalan kaki berbumbung yang dibina untuk pesakit mengalami kesukaran bernafas bagi mendapatkan bekalan oksigen mereka.
Hanya terdapat bumbung beralun di laluan pejalan kaki itu, menyebabkan pesakit terkena tiupan angin.
Bukit Mertajam, bandar utama di daerah Seberang Perai Tengah, mencatatkan jumlah kes Covid-19 tertinggi di Pulau Pinang sejak beberapa minggu lalu, menyebabkan keseluruhan kes di negeri itu meningkat kepada empat angka.
Baca Artikel Menarik :
- Muhyiddin, kemungkinan kembali sebagai PM
- Pas senada dengan Muhyiddin, hentam pemimpin UMNO
- “Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah
- Bagi Azwan melalak dulu, tunggu tindakan saya
- Berpaut pada roda pesawat sebelum terjatuh atas rumah penduduk [VIDEO]
- Dulu tinggal dalam kontena, sekarang jutawan Dolive
- Polis trafik selamatkan 3 beranak dari ‘Kepala Air’
Layari Laman Facebook MYKMU
Semalam, 449 kes baharu direkodkan di daerah itu, alone, meningkat sekali ganda berbanding empat daerah lain di negeri itu. Penyumbang utama nampaknya ialah kawasan Perai dan Juru, yang mencatatkan lebih 1,500 kes baharu sejak dua minggu lalu.
Hospital Bukit Mertajam ialah sebuah daripada dua pusat Covid-19 utama di daerah itu, dengan satu lagi ialah Hospital Seberang Jaya.
Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim berkata, beliau sudah meminta Parlimen memberikan lebih banyak peruntukan untuk menaik taraf hospital berusia lebih 100 tahun itu.
Dalam masa sama, katanya, seorang penaja sudah berbincang dengan pihak berkuasa hospital itu mengenai rancangan memperluaskan wad kecemasan dengan kos kira-kira RM110,000.
Sim, yang menyumbang bantuan pernafasan hampir RM50,000 kepada hospital itu, berkata kerja pembinaan itu dijangka bermula tidak lama lagi.
Akhir bulan lalu, hospital yang dilengkapi 242 katil itu dijadikan hospital hibrid Covid-19, dengan 120 katilnya dikhaskan untuk tujuan itu. FMT
Netizen berang pesakit Covid-19 dirawat sebelah longkang
You must be logged in to post a comment.