PM ‘caretaker’ hanya pantau operasi harian

PM ‘caretaker’ hanya pantau operasi harian, kata pakar
Minderjeet

Muhyiddin Yassin kini ialah perdana menteri “caretaker” yang kuasanya hanya terhad kepada mengawasi operasi harian pentadbiran, kata pakar.

Pakar Perlembagaan, Bastian Pius Vendargon berkata, tiada rujukan kepada kerajaan “caretaker” dalam Perlembagaan kerana ia adalah konsep sistem Parlimen Westminster.



“Ia adalah teori yang sebuah negara tidak boleh tiada kerajaan walaupun seminit, apabila Parlimen dibubarkan,” katanya kepada FMT.

Katanya, ia biasanya dibentuk daripada kerajaan sedia ada.

Biasanya, beliau berkata, kerajaan “caretaker” muncul selepas Parlimen dibubarkan dan pilihan raya umum diadakan untuk menubuhkan kerajaan baharu, sama ada daripada parti pemerintah atau pembangkang.

Katanya, biasanya ada kerajaan “caretaker”, tetapi sekarang Muhyiddin akan menjadi “caretaker” tunggal atau “perdana menteri caretaker”.



Vendargon merujuk kenyataan Istana Negara yang mengumumkan Yang di-Pertuan Agong menerima peletakan jawatan Muhyiddin hari ini, selepas sesi menghadap.

Katanya, mengadakan pilihan raya umum bukan pilihan terbaik akibat kesejahteraan dan keselamatan rakyat ketika Covid-19.

Oleh itu, Muhyiddin diperkenan sebagai perdana menteri “caretaker” sehingga penggantinya dilantik.

Walaupun Muhyiddin kini ialah “caretaker” pentadbiran, Vendagon berkata, beliau tidak akan mempunyai kuasa untuk meluluskan projek besar, peruntukan atau mengubah dasar.



“(Peranan) ‘caretaker’ ialah mengekalkan status quo dan mengawasi operasi pentadbiran kerajaan harian.”

Peguam Rafique Rashid Ali berkata, Muhyiddin diminta terus memimpin buat masa ini sehingga perdana menteri baharu mengambil alih jawatan itu.

Beliau tidak boleh membuat sebarang keputusan besar atau meluluskan peruntukan atau projek besar.

Kebanyakan operasi harian masih di bawah ketua setiausaha negara (KSN), katanya sambil menambah Muhyiddin hanya mengawasi atau memantau KSN. FMT



PM ‘caretaker’ hanya pantau operasi harian


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nazri tandatangan SD sokong Ismail Sabri jadi PM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker