Anwar gembira Muhyiddin letak jawatan ucap terima kasih

Anwar gembira Muhyiddin letak jawatan ucap terima kasih. Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri.

“Saya turut menggesa semua pihak untuk kembali bertenang dan berdoa supaya Malaysia bangkit dalam menghadapi tantangan kesihatan dan ekonomi saat ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Isnin.

Ahli Parlimen Port Dickson itu juga mengucapkan terima kasih di atas perkhidmatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kepada negara ini.



Pada Isnin, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan menerima peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan jawatan seluruh Jemaah Menteri berkuat kuasa serta merta.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, susulan peletakan jawatan itu, Seri Paduka Baginda turut berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri Sementara sehingga perdana menteri baharu dilantik.

Anwar gembira Muhyiddin letak jawatan ucap terima kasih


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin ‘jatuh’, langkah Azmin, Zuraida jadi tumpuan



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker