TERKINI : Pemandu Volvo lawan arus direman 2 hari

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Adnan Azizon, berkata lelaki berusia 35 tahun itu ditahan selepas dikesan memandu kenderaan di bawah pengaruh dadah jenis ketamin.

“Selain berhadapan tindakan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ), suspek turut disiasat atas kesalahan penyalahgunaan dadah oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Dang Wangi.

“Pada masa ini, siasatan lanjut sedang dijalankan ke atas suspek yang dipercayai terbabit dalam pengambilan dadah jenis ketamin.

“Siasatan adalah bagi membolehkan pihak polis mendapat maklumat dari mana suspek memperoleh dadah berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, polis dilaporkan sedang mengesan pemandu Volvo itu yang dirakam melawan arus sehingga melanggar Perodua Myvi berkenaan, petang semalam.



Berdasarkan satu rakaman video berdurasi satu minit yang tular dalam laman sosial Instagram, Volvo itu dipercayai dipandu lelaki dalam keadaan mabuk dan melanggar bahagian hadapan Myvi berwarna hitam.-BH

Berita Asal : https://mykmu.net/2020/09/05/kau-dah-kenapa/



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker