PAS mahu pemimpin politik ‘tenang-tenang’ dan kembali bincang bersama

PAS mahu pemimpin politik ‘tenang-tenang’ dan kembali bincang bersama. Seorang pemimpin kanan PAS hari ini menyarankan agar semua pemimpin politik duduk semeja dan berunding bagi mencari penyelesaian kepada kemelut yang melanda negara.

Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Nasrudin Hassan berkata dia yakin masih ada ahli politik “yang ikhlas” untuk diajak berunding bagi mencapai maksud tersebut.

“Sebagaimana kita faham, insya-Allah masih ada ahli politik yang ikhlas dan mahu melunaskan objektif tersebut dengan menjadi seorang pemimpin politik yang bukan sahaja bertanggungjawab tetapi bertakwa kepada Allah SWT,” katanya dalam kenyataan dimuat naik di media sosial tengah hari ini.

Ia muncul ketika Perdana Menteri Muhyiddin Yassin disahkan bakal menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan surat pelatakan jawatannya esok.

Langkah itu diambil selepas presiden Bersatu dan pengerusi Perikatan Nasional itu kehilangan sokongan majoriti di parlimen seperti yang dikehendaki perlembagaan.

PAS adalah salah satu parti komponen dalam gabungan PN.

Nasrudin berkata semua pemimpin terbabit wajar duduk berbincang dengan “tenang dan saksama” demi negara dan rakyat.

“Mungkin pihak yang lebih disegani seperti Yang di-pertuan Agong boleh menjadi mediator lalu memanggil semua pemimpin politik khasnya yang beragama Islam duduk berbincang mencari penyelesaian demi masa depan Islam sebagai agama Persekutuan, negara yang berdaulat dan rakyat yang harmoni,” katanya.

Tambah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia itu lagi dalam keadaan seseorang pemimpin hanya mendapat sokongan kecil, jika kerajaan baru dinaikkan pun ia akan berdepan dengan kegusaran seperti sekarang.

“Marilah kita bekerjasama. Apalah salahnya sesekali dalam sejarah politik negara, kita adakan gencatan politik untuk semua pihak bersatu membantu kerajaan menangani pandemik Covid-19 ini serta mengusahakan projek vaksinasi yang sedang giat berjalan ini sehingga capai 80 peratus ke atas,” katanya.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin Sah Letak Jawatan Esok

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker