Ismail Sabri jumpa Zahid Hamidi

Ismail Sabri jumpa Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob telah mengadakan sejumlah pertemuan susulan jangkaan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri esok dan usaha mengekalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Terdahulu, dilaporkan usaha digerakkan untuk mengumpul sokongan agar naib presiden Umno itu menjadi calon perdana menteri bagi PN.

Pertemuan terbaru Ismail adalah dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi – antara individu utama dalam usaha mengundurkan Muhyiddin.

Ismail Sabri juga telah mendekati ahli parlimen Umno untuk menyokongnya sebagai calon perdana menteri seterusnya tetapi kumpulan utama yang boleh menghalang perkara itu adalah kem Zahid.

Seorang sumber yang merupakan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno memberitahu Malaysiakini yang Ismail Sabri sedang bertemu Zahid di Kuala Lumpur World Trade Centre, iaitu ibu pejabat Umno.

Kem Ismail Sabri sebelum ini berusaha meyakinkan kem Zahid agar kembali kepada PN dengan Ismail sebagai pemimpinnya.

Menurut mereka, ia konsisten dengan desakan kem Zahid bahawa Umno yang patut memimpin kerajaan.

Masih belum jelas jika Zahid bersedia untuk menyokong naib presidennya itu.

Punca Muhyiddin hilang majoriti adalah tindakan Zahid bersama-sama 14 ahli parlimen Umno menarik sokongan mereka.

Jika sokongan itu dberikan kepada Ismail Sabri, dia akan mampu mencukupkan sokongan dan membentuk pentadbiran yang boleh dikatakan serupa dengan kerajaan pada masa ini.

Ini jika semua ahli parlimen kerajaan pada masa ini turut menyokongnya.

Blok utama dalam PN adalah Umno, Bersatu, PAS dan GPS. Kerajaan PN juga disokong ahli parlimen beba dan dari beberapa parti kecil.

PAS yang memiliki 18 ahli parlimen memang menolak pembangkang dan dijangka akan terus mengekalkan kerajaan PN.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sumber kanan GPS memberitahu Malaysiakini yang ahli parlimen gabungan itu bersedia menyokong Ismail Sabri jika dia dapat membentuk kerajaan yang stabil.

Terdahulu, MalaysiaGazette melaporkan yang Ismail Sabri turut bertemu dengan Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin di Hotel Royale Chulan di Kuala Lumpur.

Jika Ismail Sabri berjaya, seorang pemimpin Bersatu dijangka dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

Sumber yang tahu tentang perkara itu turut berkata, wakil Ismail Sabri juga berusaha berhubung dengan Warisan demi mengelak isu majoriti tipis yang dihadapi Muhyiddin.

Tiada petunjuk setakat ini sama ada lapan ahli parlimen daripada parti Sabah itu sedia untuk menyokongnya atau tidak.
Mk

Ismail Sabri jumpa Zahid Hamidi

Nazri tandatangan SD sokong Ismail Sabri jadi PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker