Tembakan TUDM, serah kepada polis untuk siasatan

Tembakan TUDM, serah kepada polis untuk siasatan

Kuching: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan telah berlaku satu insiden tembakan membabitkan empat warganya di unit TUDM di Kota Samarahan, Kuching, Sarawak ketika anggota berkenaan sedang bertugas kira-kira pukul 7.15 pagi tadi.

TUDM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menyerahkan kes kejadian kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan.



“Pihak TUDM menggesa semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan oleh pihak PDRM selesai.

“Seterusnya, TUDM akan menubuhkan satu Lembaga Penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! Online hari ini melaporkan tentang kejadian tembakan yang mengorbankan empat anggota TUDM yang dikatakan sedang bertugas di Balai Pengawal Handau Skuadron 330 TUDM.

Kejadian telah mengakibatkan dua anggota TUDM maut di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Pusat Jantung Kota Samarahan. K Online



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Tembakan TUDM, serah kepada polis untuk siasatan


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Saya tak maki Sanusi pun kena juga – Shahanim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker