Jawatan ketua pemuda PH kepada UMNO adalah karut

Sebaran :

Jawatan ketua pemuda PH kepada UMNO adalah karut

PH nafi tawar jawatan ketua pemuda kepada Umno

Pakatan Harapan (PH) menafikan mengeluarkan kenyataan yang kononnya menawarkan jawatan ketua pemuda gabungan itu kepada Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mengeluarkan penafian itu kepada media pagi ini setelah kenyataan palsu mengenai perkara berkenaan tersebar luas di media sosial malam tadi.

Kenyataan itu mendakwa mesyuarat bulanan diadakan secara maya oleh Majlis Presiden PH dan disertai oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam mesyuarat itu, kenyataan palsu itu menuduh mereka membincangkan kerjasama antara blok pembangkang dan Umno.

Kenyataan itu kemudian mendakwa dalam pertemuan itu, Ketua Pembangkang yang juga Presiden PKR Anwar Ibrahim telah bersetuju dengan cadangan Zahid supaya Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai ketua Pemuda PH.

Jawatan ketua Pemuda PH kini kosong setelah mantan ketuanya Shazni Munir Mohd Ithnin meninggal dunia akibat Covid-19 pada 6 Ogos lalu.

Khabar angin mengenai kerjasama antara PH dan Umno telah tersebar sejak awal tahun ini setelah Anwar pertama kali mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh Umno pada bulan Mac.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buat masa ini, kedua-dua pihak mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin supaya berundur.

Spekulasi kemungkinan kerjasama kedua pihak ini timbul kerana tidak ada satupun pihak di parlimen pada saat ini yang mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat sebagai perdana menteri.

Beberapa kenyataan telah dikeluarkan oleh PH dan pemimpin Umno mengenai isu tersebut, dengan Majlis Tertinggi Umno sebelum ini menyatakan pendiriannya tidak akan bekerjasama dengan Anwar atau DAP. Mk

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Jawatan ketua pemuda PH kepada UMNO adalah karut

Saya tak maki Sanusi pun kena juga – Shahanim


Sebaran :

Leave a Reply