PH seru MP Tolak Muhyiddin, angkat Anwar sebagai PM

PH seru MP Tolak Muhyiddin, angkat Anwar sebagai PM. Pakatan Harapan (PH) mengulangi pendirian untuk mengangkat Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri bagi menyelesaikan kemelut politik yang berlaku ketika ini susulan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin didakwa hilang sokongan.

Menerusi kenyataan Majlis Presiden PH, mereka turut mengajak semua Ahli Parlimen termasuk daripada Umno yang menolak kepimpinan Muhyiddin untuk menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

“Pakatan Harapan juga tidak bersetuju sebarang pilihan raya umum diadakan terutama ketika pandemik memuncak. Perlu diingatkan bahawa penggal terakhir Parlimen ke-14 hanya akan tamat pada 16 Julai 2023.

“Oleh itu, Majlis Presiden menjemput semua Ahli Parlimen yang menentang dan menolak Mahiaddin (Muhyiddin) untuk bersama menyokong Anwar sebagai calon perdana menteri untuk membuktikan sokongan serta membentuk satu majoriti baharu di Parlimen,” katanya dalam kenyataan.

Menerusi kenyataan bersama, Presiden PKR, Anwar; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, gabungan itu juga meminta semua pihak yang menentang Muhyiddin untuk bersama di meja rundingan bagi “membentuk sebuah kerajaan yang inklusif, adil dan progresif di mana setiap parti dilayan secara adil”.

“Amatlah penting semua pihak dapat bersatu di bawah sebuah Kerajaan berjiwa rakyat yang mampu memperbetul segala kepincangan dan kegagalan Perikatan Nasional menjelang undi percaya terhadap Perdana Menteri nanti.

“Ini supaya sebarang pengambil alihan Kerajaan hanya akan berlaku bersama pihak-pihak yang bersetuju dengan prinsip-prinsip dan landasan perjuangan termasuk reformasi institusi, tata kelola dan urus tadbir yang baik dan institusi kehakiman yang bebas,” katanya

Mereka juta mendakwa Muhyiddin hanya memiliki 100 sokongan Ahli Parlimen berbanding 120 yang menolak perdana menteri itu

Krisis politik timbul apabila, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mendakwa kerajaan pimpinan Muhyiddin hilang majoriti apabila Ahli Parlimen Umno yang “angkanya mencukupi” menarik balik sokongan.

Setakat ini difahamkan 15 Ahli Parlimen Umno sudah menarik sokongan kepada kerajaan PN pimpinan Muhyiddin.

PH seru MP Tolak Muhyiddin, angkat Anwar sebagai PM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jawatan ketua pemuda PH kepada UMNO adalah karut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker