COVID-19: Petugas Makmal Yang Dijangkiti Mungkin Penyebab Penyebaran Virus -Ketua Misi WHO — MYKMU.NET

COVID-19: Petugas Makmal Yang Dijangkiti Mungkin Penyebab Penyebaran Virus -Ketua Misi WHO

Sebaran :

COVID-19: Petugas Makmal Yang Dijangkiti Mungkin Penyebab Penyebaran Virus -Ketua Misi WHO

COPENHAGEN: Seorang pegawai atasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melahirkan kebimbangan tentang keselamatan bio di makmal Wuhan berdekatan dengan pasar di mana kes pertama manusia dijangkiti COVID-19 dikesan.

Perkara itu didedahkan dalam sebuah dokumentari diterbitkan sebuah saluran televisyen Denmark, TV2.

Menurut Ketua Misi WHO yang menyiasat asal-usul COVID-19, Peter Embarek, seorang pekerja makmal telah dijangkiti ketika mengambil sampel di dalam gua yang dipenuhi kelawar.

“Seorang pekerja makmal dijangkiti ketika bekerja di dalam gua kelawar semasa mengambil sampel.

“Senario seperti itu serta kebocoran di makmal selari dengan hipotesis pertama kami mengenai penularan virus itu daripada kelawar ke manusia. Ini merupakan hipotesis yang kami anggap besar kemungkinan telah berlaku,” katanya.

Pasukan yang diketuai WHO membuat perjalanan ke China awal tahun ini untuk menyiasat asal-usul wabak COVID-19.

Tambah Embarek, makmal Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China di Wuhan turut didapati mengendalikan koronavirus itu tahap kepakaran atau keselamatan yang ada ketika ini.

Bagaimanapun, beberapa bulan kemudian WHO dalam laporannya mengenai misi Wuhan menyimpulkan ‘tidak mungkin’ kebocoran makmal menyebabkan wabak COVID-19 berjangkit kepada manusia.

Laporan itu turut percaya dengan teori dipromosikan kerajaan China bahawa virus itu mungkin disebarkan melalui pembungkusan makanan laut sejuk beku.

Penyelidikan yang dipimpin oleh WHO itu didorong permintaan dari negara-negara anggota untuk menyiasat asal-usul koronavirus.

Pengkritik menyatakan dapatan laporan itu menjejaskan kredibiliti misi tersebut.-New York Post

COVID-19: Petugas Makmal Yang Dijangkiti Mungkin Penyebab Penyebaran Virus -Ketua Misi WHO


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Dimana silapnya Bersatu dan kepimpinannya

Netizen puji Rahim pakai PPE bantu Shuib


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: