Cucuk vaksin aurat terdedah, tak takut dosa

Kaum Wanita Patut Berhati Berkongsi Foto, Video Cucuk Vaksin… Aurat Terdedah, Dosa Pun Dapat!

AURAT adalah merujuk kepada apa-apa yang diharamkan untuk didedah daripada anggota badan sama ada lelaki atau pun perempuan.

Ia juga ditakrifkan sebagai apa-apa yang wajib ditutupi dan tidak boleh dizahirkan daripada anggota badan. Menurut Khatib al-Syarbini, aurat diertikan sebagai apa-apa yang haram untuk dilihat.

Dalam kita menutup aurat bagi memenuhi tanggungjawab kita sebagai seorang muslim, maka Islam mengajarkan kepada kita garis panduan berpakaian. Antaranya ialah:

1. Menutupi aurat. Aurat bagi lelaki ialah antara pusat hingga lutut.Bagi wanita pula seluruh anggota tubuh kecuali muka dan tapak tangan.

2. Mengelakkan daripada menutup sebahagian aurat dan membuka sebahagian yang lain.Seperti seorang wanita yang memakai tudung akan tetapi memakai baju yang berlengan pendek.

3. Dilarang mengenakan pakaian yang nipis sehingga menampakkan warna kulit

4. Berpakaian tidak terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badan.

5. Tidak melampau dalam berhias dan tidak menggunakan wangi-wangian dengan tujuan menarik perhatian lelaki.

Menutup Aurat

Penting bagi seorang wanita menjaga auratnya daripada pandangan umum.

Baru-baru ini ramai dalam kalangan masyarakat khususnya wanita yang menunjukkan video di media sosial atau gambar ketika divaksin. Dalam tak sedar mereka telah menunjukkan aurat mereka kepada khalayak. Perbuatan itu bercanggah dengan apa yang diajarkan oleh Islam.

Sebagai umat Islam kita sepatutnya prihatin dengan tingkah laku yang dipamerkan oleh kita. Ini kerana tuntutan untuk menutupi aurat itu merupakan tuntutan agama.

Firman Allah di dalam Surah Al-Ahzab ayat 59: Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Dalam ayat ini Allah menjelaskan bahawa mereka yang menutup aurat itu mudah dikenali sebagai wanita-wanita yang baik dan mereka tidak diganggu oleh lelaki-lelaki yang jahat. Ini merupakan hikmah suruh untuk menutupi aurat.

Kerana itu kita dapat lihat di media sosial berapa ramai yang tidak sempurna menutupi aurat akhirnya akan datang lelaki-lelaki dengan komen-komen yang negatif.

Terdapat juga wanita Islam yang mendakwa mereka menutup aurat namun mereka sebenarnya menipu diri sendiri. Ini boleh dilihat apabila ramai wanita memakai pakaian yang menutup aurat tetapi dalam masa yang sama pakaian berkenaan terlalu ketat hingga menampakkan bentuk dan susuk tubuh.

Selain itu, ada pula yang hanya menutup aurat pada waktu-waktu dan tempat-tempat tertentu sahaja sebagai tanda penghormatan dan memenuhi keperluan adat.

553

Cukup sekadar dengan melihat sendiri proses suntikan dilakukan atau merakam untuk simpanan sendiri.

Misalnya pada hari Jumaat, ketika berada di tanah suci, ketika menghadiri majlis keagamaan dan menziarahi jenazah. Namun, pada waktu lain mereka kembali memakai pakaian yang mendedahkan aurat tanpa segan silu seolah-olah kewajipan menutup aurat ada tempoh masa, tempat tertentu dan hari tertentu sahaja.

Sabda Rasulullah: Dua jenis manusia yang akan menjadi ahli neraka, yang mana aku tidak sempat melihat mereka, (kerana tidak ada pada zamanku. Mereka ini akan lahir pada akhir zaman). Yang pertama kata Nabi ialah golongan yang memegang alat sebatan seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia (simbolik kepada melakukan kezaliman). Dan golongan kedua kata Nabi SAW adalah kalangan perempuan berpakaian tetapi bertelanjang, pakaian yang menggodakan, pakaian yang nipis, pakaian yang ketat; di atas kepala mereka dihias. Rambutnya laksana bonggol unta. Mereka tidak dapat masuk ke syurga, bahkan tidak dapat menghidu dan mencium keharumannya, walaupun baunya syurga itu dapat dihidu dari jauh. – [HR Muslim 5098].

Wanita dalam Islam merupakan makhluk Allah yang memiliki banyak keistimewaan. Mereka merupakan seorang anak yang akan tumbuh dewasa menjadi seorang isteri dan juga seorang ibu. Seorang perempuan sangat dimuliakan peranannya dalam kehidupan sehinggakan Allah menamakan satu surah dengan Surah An-Nisa’ (surah perempuan-perempuan).

Wanita pada masa kini haruslah menjaga maruah mereka dan sentiasa memeliharanya. Sifat malu merupakan salah satu daripada sifat yang terpuji dan ia merupakan salah satu daripada cabang-cabang iman.

Sabda Baginda Rasulullah: Malu itu adalah sebahagian daripada keimanan. – [HR Bukhari 9].

Syeikh Mustafa al-Bugha ketika memberikan ta’liq pada hadis ini, beliau mengatakan bahawa malu itu adalah satu sifat di dalam diri manusia dan sifat tersebut akan mendorong manusia untuk melakukan perkara-perkara terpuji serta meninggalkan apa yang dicela dan mengaibkan.

Namun sayang, pada zaman ini rasa malu pada wanita telah pudar sehingga hakikat penciptaan wanita yang seharusnya menjadi perhiasan dunia dengan kesolehannya, menjadi tidak lagi bermakna. Hilangnya rasa malu inilah yang menyebabkan banyaknya wanita yang pada hari ini mula mendedahkan aurat mereka semata-mata untuk mengejar follower di media sosial.

Ingatlah kebahagiaan di dunia ini tidak kekal lama kerana di akhirat sana balasan yang setimpal akan kita perolehi sesuai dengan apa yang kita kerjakan.

Saranan ustaz kepada Kementerian Kesihatan Malaysia agar dapat memikirkan jalan yang terbaik untuk melindungi aurat wanita khususnya muslimah bukan sahaja dari sudut memberi vaksin tetapi dalam hal ehwal menderma darah.

Bagi wanita diluar sana pula usahalah sebaik mungkin menjaga auratmu dan sentiasa fikirkan jalan yang terbaik agar aurat tidak tersingkap di hadapan lelaki ajnabi.

***Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan (Hadi Almaghribi) ialah penceramah bebas dan selebriti TV Al-Hijrah dan boleh diikuti di laman Instagram dan Facebook 

Kaum Wanita Patut Berhati Berkongsi Foto, Video Cucuk Vaksin… Aurat Terdedah, Dosa Pun Dapat!


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nak Cucuk Vaksin Ke Nak Tayang Body? [VIDEO]

Netizen Tegur BCL ‘Galak’ Tayang Foto Seksi di Instagram..’Kesian Arwah Suaminya’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker