Pentingnya Lengkapkan 2 Dos Vaksin… Fahami Penjelasan Pakar Ini

Pentingnya Lengkapkan 2 Dos Vaksin… Fahami Penjelasan Pakar Ini

PANDEMIK Covid-19 semakin membimbangkan dengan kehadiran pelbagai varian baharu yang lebih mudah tersebar dan menjangkiti orang lain.

Atas sebab itu, kita disarankan untuk mendapatkan vaksin demi memutuskan rantaian penyebaran virus ini selain mengamalkan SOP ditetapkan kerajaan.



Untuk mengurangkan risiko Covid-19, setiap orang perlu mengambil dua dos vaksin dalam tempoh ditetapkan.

Kajian dilakukan Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat mendapati individu yang tidak melengkapkan dua dos suntikan vaksin lebih mudah dijangkiti atau kembali terdedah kepada Covid-19 meskipun risikonya lebih rendah berbanding mereka yang belum divaksin.

Kajian itu turut disokong oleh pakar molekul dan biologi Universiti Adelaide, Australia, Dr Ines Atmosukarto yang memberitahu terdapat risiko seseorang kembali terdedah kepada virus itu jika hanya mengambil satu dos vaksin.

Ini kerana satu dos vaksin imunisasi di dalam tubuh belum terbentuk dengan sempurna untuk melawan virus itu.



Vaksin

Penting melengkapkan dua dos vaksin.

Bagaimanapun katanya, sistem imunisasi di dalam tubuh telah mengenali jenis virus tersebut dan sekiranya seseorang yang telah menerima satu dos vaksin dijangkiti, gejalanya sangat minimum atau tidak bergejala.

“Sistem imun kita sudah mengenali virus itu maka ia bersiap sedia untuk melawannya. Vaksin membantu melawan dan pesakit hanya mengalami gejala ringan atau tidak menunjukkan sebarang simptom,” katanya.



Sementara itu, Dr Ines memberitahu memang terdapat perbezaan yang cukup besar untuk seseorang yang telah melengkapkan vaksin, atau sebahagian dan belum menerima vaksin.

Perbezaan bagi seseorang yang hanya mengambil satu suntikan vaksin dan dua dos adalah pada kemampuan tubuh dalam menghasilkan antibodi yang berguna untuk melawan virus itu.

“Jika satu dos maka responnya sedikit dan mudah hilang. Oleh sebab itu dengan dua dos risiko gejala lebih parah sekiranya dijangkiti lebih rendah,” katanya.

Pun begitu, ia bukan bererti satu dos tidak mempunyai impak kepada tubuh malah ia lebih baik berbanding mereka yang langsung tidak menerima vaksin.



“Yang baru terima satu dos juga risikonya lebih rendah berbanding belum divaksin tetapi risiko itu akan jauh lebih rendah jika menerima dua suntikan,” jelasnya.

Pentingnya Lengkapkan 2 Dos Vaksin… Fahami Penjelasan Pakar Ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Yang Artis Anti Vaksin, Komer Stay Home Forever – Jinggo

Vaksin dahulu, baru fikir buka sekolah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker